Muhd Abd Rahman & Habibah Mohamed

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 5, 2010

Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia

Salam...

Ramai di kalangan teman-teman tau tentang susu ibu tapi adakah sedar tentang kewujudan Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia? Polisi ini banyak ditampal/digantung di klinik-klinik kesihatan kerajaan dan hospital rakan bayi.

Di sini disertakan Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia untuk tatapan bakal ibu-ibu dan ibu-ibu baru.

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan SUSU IBU SAHAJA dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur DUA TAHUN.

Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur 6 bulan dan ke atas.

Ini bermakna dari lahir hingga 6 bulan bayi:
  • diberi susu ibu sahaja
  • tidak perlu air atau susu tambahan (Artificial Breast Milk / Formula Milk)
  • tidak perlu makanan pelengkap (nasi lenyek, pisang, Nestum etc)

Kepada bakal ibu-ibu, penyusuan susu ibu adalah fitrah tetapi ia tidak datang dengan sendiri. Seperti memasak dan menjahit, ia adalah satu teknik yang perlu dipelajari, begitu juga babywearing. Nak menjayakannya, kena lalui segala rintangan, barulah pengakhirannya akan menjadi kenangan manis. 

salam sayang.. XOXO..

No comments:

Post a Comment