Muhd Abd Rahman & Habibah Mohamed

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 23, 2010

Tandem Nursing?

Salam semua,

bersiaran kita kembali... ada topik nak dikongsikan bersama anda. Hamzah sekarang dah nak masuk 7 bulan dan sudah mula makan. tapi saya tak nak citer pasal pemakanan hamzah lagi.. saya nak citer pasal tandem nursing.

Apa tu tandem nursing?

Tandem nursing ni dilakukan jika anda menyusukan dua atau lebih anak-anak anda yang berlainan umur. Mula-mula saya rasa cukup ke susu kalau buat tandem nursing ni? ha!!!!! berbalik pada konsep penyusuan, semakin kita kosongkan payudara (samada memerah atau menyusu terus), semakin banyak susu kita dihasilkan.

Dan bila saya lihat teman-teman seperjuangan di MBfPC dan susuibu.com membuat tandem nursing, saya sangat teruja. sebelum ni ada mengajak anak kedua saya, Munirah utk join menyusu. Dia hanya kemam je...

Pada suatu malam eceh, macam bercerita plak, di kala Hamzah tengah menyusu, saya mengajak Munirah... Dia menyusu di sebelah, dan bila dia rasa puas dalam 7 minit, saya nampak ada cecair putih di bibirnya. "menyusu betul ni", terdetik dalam hati.

"Sedap tak susu ibu?" tanya saya. Dia mengangguk.
"Manis tak?" Dia mengangguk lagi. Kemudian dia bertanya:

"ibu letak gula ye dalam susu tu?".. hmmmmm,. adohai anakku Munirah...

indahnya ciptaan Tuhan, menjadikan makanan bayi lengkap secara semulajadi. Walaupun seketika, saya dapat merasakan pengalaman tandem nursing... nanti nak ajak Munirah lagilah...

salam sayang.. XOXO..

Monday, November 22, 2010

vacuum lagi!!! :(

salam sayang buat semua...

sekali lagi terpaksa menunda aktiviti menulis blog disebabkan:
1. tiada lagi broadband... dalam pencarian nak amik yang baru
2. bila kat rumah mak, mengadap laptop je trompet dah berbunyi...
3. malas da..... - ketuk kepala sikit...

insya-Allah, bila semua itu dapat ditangani, kita akan bersiaran semula dengan info2 yang berguna dan bermanfaat buat semua... minta maaf sekali lagi....

salam sayang.. XOXO..