saje nak update status baru. saya sekarang ni ibu beranak 4 dah, heheeeeh... alhamdulillah, si kecil baru sudah pun berusia 2 minggu dengan nama Muhammad Fahim. Ya, Hamzah sudah bergelar abang. sayangnya dia kepada adik, jangan cakaplah. naik rimas pula ibu. ni gambar Muhammad Fahim.
ni baru keluar labour room.. keluar lidah nak susu tu...
get ready nak balik..
time ni jenuh nak tidurkan dia setelah menyusu beberapa kali
ni first attempt utk babywear Fahim ke hospital (hari ke4) sebab nurse KK kata ada kuning sikit. Alhamdulillah, bacaan darah 121.2. tak kena admit :)
abg hamzah minum susu ibu dalam botol
gambar 'ayu' dan 'jambu' Fahim, pakai baju pink :p
Sekarang ni kat rumah mak di batu gajah, perak. pada minggu ke2 Ramadhan, kami akan pulang ke KL. insyaAllah.
Sepanjang 2 minggu menyusui Fahim secara eksklusif, bohonglah jika saya kata tiada masalah dalam penyusuan. walaupun saya Mbfpc dan pernah mengikuti kursus laktasi 20 jam, saya pun wanita biasa. saya mengalami bengkak susu dan cracked nipple. setiap kali Fahim menyusu, pedih dan sakit tak tertahan tapi ini haknya. takkan saya nak nafikan haknya semata-mata saya sakit... bagi saya perkara ni kecil je sementelah saya pernah diuji Allah semasa dalam pantang sewaktu Hamzah kecil dulu. Semoga saya dapat susukan Fahim, sebagaimana kakak-kakaknya dan abangnya. InsyaAllah. :)))
salam sayang.. XOXO..