Muhd Abd Rahman & Habibah Mohamed

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, April 17, 2010

Tak boleh lagi?

Salam teman-teman,

Nak cerita mai... hari ni ada check-up kat Klang. macam biasalah, dah masuk 3rd trimester ni, check-up kena once a week. Semasa dalam perjalanan ke Klang, ada terasa contractions. boleh tahan la jugak, tapi tak berapa nak sakit sangat, ke aku ni jenis tahan sakit.

bila check kat jam kereta, contractions lebih kurang 30 minit sekali. Bila dah sampai ke Hospital Bersalin Razif, bagitau kat receptionist tu dah rasa sakit tapi tak tau nak describe sakit yang macam mana. Sebab semua rasa sakit nak bersalin yang anak-anak terdahulu dalam Labour Room. Bila baca cerita orang lain, pecah ketuban kat rumah, terasa teringin plak nak alami keadaan begitu.

Bila nurse tanya, contractions selang berapa minit? aku main agak2 je, tak pernah catat... so, nak senang cakap je setiap 30 minit. Terus nurse kata,"Bibah, jom kita naik atas, buat CTG". CTG ni kiranya mesin yang check degupan jantung baby dan contractions. Baring atas katil wad, buat CTG selama 30 minit.

30 minit berlalu pergi, ada 3 contractions. Setiap 1 contractions jaraknya lebih kurang 10-12 minit. But just mild contractions. Tak kuat pun sakitnya.. pinggang dah start lenguh2 macam period. Doktor datang dan check. Dia kata baru 1 cm. 1cm lagi? seminggu lepas pun 1cm jugak. tak leh jadi ni.

Pi bawah, masuk bilik doktor, buat scan. Kepala baby memang dah kat bawah tapi belum engange betul-betul. A feel of disappointed there. ingatkan bila dah check CTG and ada contractions, boleh la terus kena tahan wad. Aduih, tak jugak. Scan punyer scan, doctor kata baby agak besar. Sekarang ni dah 38w6d, anggaran berat baby ialah 3.45kg. Besar baby ni jika nak dibandingkan dengan kakak2nya yang lain. Air ketuban pun normal lagi. Kalau nak bersalin tu, air ketuban makin sikit.. Nak makin sikit macam mana, water bag pun tak pecah.. hehehee

Pesan doctor, kerapkan berjalan. Hm.. nak berjalan ke mana? window shopping, taman tasik, keliling rumah? padahal dah tak larat jalan dah ni. Kat bahagian ari-ari ni dah terasa lenguh. Maybe baby ni nak bagi masa kepada ibu dan abah untuk selesaikan apa-apa yang patut di rumah.... yelah, rajin basuh baju tapi tak berlipat, kamera yang dipinjam dari nenek dan datuk dah jatuh sebab kak long sumayyah jatuhkan... pandai jugak hang pilih masa no...

Apa-apa pun, we'll be waiting for you, my dear baby. Semoga Allah permudahkan kelahiranmu... Amin
 
salam sayang.. XOXO..

Thursday, April 15, 2010

Bersawang la plak!!!

Fuh, fuh, dok sapu sawang labah2 kat blog ni.... dah lama tak berblog...

selepas MBfPC, senyap plak jadiknya. bukan apa, dok mencari info lagi, at the same time to hear BF news from my clients aka my friends. nak bercerita pasal MBfPC ni, banyak info nak share tapi tak dapat nak manage betul2. nanti k, sabar ye...

nak citer pasal gila babywearing... sebenarnya dah gile benda ni 4 thn sudah... selepas melahirkan munirah. masa mengandungkan munirah, aku pi konvensyen usahawan MARA untuk ex-students MRSM di PWTC. dah lepas abih konvensyen tu, sementara tunggu cik abg amik dah la hujan lebat, pi la tinjau2 kedai buku kat situ. tak da Pa & Ma, so rembat je la majalah parenting yang ada kat situ. at least boleh membaca sambil tunggu buah hati tu. selak2 page mags tu tak ingatla nama mags tu, terbaca pasal babywearing. hm, interesting... buka plak website about babywearing..

so, ada satu hari tu, pi shopping barang2 baby n sumayyah kat ampang, dulu namanya mums & babes, skang ni lactaequip, ada clearance sale... berkenan dengan baby ring sling (RS) jenama little haven. masa tu mmg little haven je yang buat babywearing, harganya mmg mahal. tapi disebabkan sale, harganya turun bawah RM100... apalagi, ku rembat 1, tapi tak berapa nak comel pun.. mcm kain pelikat pun ada gak, guna nylon ring.. yang bengangnya, salesgirl kat situ salah bagi instructions kat i... ada ke kata ring kat belakang.. secara common sense, bila dah letak baby, mcm mana nak tarik sling kalau dah ring kat belakang? betul tak... mujur kat packaging tu ada instructions pakai n gaya memakai RS ni.

try kat rumah beberapa kali, akhirnya berjaya jugak. inilah hasilnya...

tangan ku silang ke depan plak tapi mmg best guna RS ni... awal2 tu mmg la lenguh bahu,sampai ayah mertua nak belikan stroller utk cucunya... hehhe, tak pe la ayah...

* edited ~ sebelum deliver yang baby ni, nak gak satu lagi RS tapi yang berpoket nyer... beli kat mama patch sempena dengan 1st anniversary derang... dapat 28% discount... okla kan... ni rupa RS ku yang baru, guna aluminium ring



RS mamapatch yang ada poket... lagi senang nak pi sopping, tak yah bawa handbag, just diaper bag n extra baju je... best3...

Hari ni aku pi shopping babywearing lagi. hahhaha, skang ni terjatuh cintan dengan wrap plak... aduhai, macam2 la... memandangkan i ni tak deliver lagi, so, tunjuk gambar orang len je la ek.. beli Moby Wrap kat tiny tapir at ampang park. harganya ok, lebih kurang mcm harga RS..

comelkan... boleh guna utk baby newborn lagi, tapi akak tu suggest start pakai mende ni kat rumah.. kalau kat luar takut kotor sebab kainnya panjang... aku beli yang 5.5 m punyer...

ok, sebab aku beria-ia sangat nak babywearing ni?

1. dulu kami guna kereta kelisa, letak stroller tak muat kat bonet. kena letak kat bahagian passenger seat... dah makan ruang. orang lain nak join pun tak leh. so, guna RS or wrap amat2 menjimatkan ruang...
2. aku ni bukannya jenis suka bawa handbag... beg sekolah pun dah cukup... so, boleh je lipat2 masuk dlm beg... tak yah nak hurung stroller ke hulu hilir..
3. nak pi shopping senang.... tak yah nak cakap, 'excuse me, tumpang lalu ye' sambil bawa stroller... bila babywearing, redah je orang... hehhehehhehee
4. apabila kita babywear anak kita, anak kita lebih comfort n terasa dekat dgn ibu. dia akan dengar degupan jantung mak dia.. yelah, sejak dalam perut lagi dia biasa dengan bau n degupan jantung... baby akan rasa lebih secure
5. bila baby rasa dia secure dlm dakapan ibunya, dia akan jadi kurang fussy, tak merengek dan mudah diuruskan.
6. bila dia dah ada 'kaki', dia sendiri akan berjalan suka hati je sebab dia rasa confident.. saya buat experiment dengan si kakak n si adik... si kakak hanya menggunakan stroller bila berjalan dan yang si adik plak saya gunakan RS utk membawa dia ke hulu ke hilir... kesannya, si kakak lebih fussy dan merengek2 nak didukung waaupun masa tu dia dah pandai berjalan. padahal yang si adik ni bila dah dapat kaki, kita pun dia tak amik port... confident la katakan... so, point saya ialah baby yang dicarry akan jadi lebih confident...
7. senang nak BF sambil berjalan2... tak caya? tapi saya tak de gambar nak buktikan... guna RS, saya boleh cover2 apa yang patut dengan tail RS tu... yang wrap pun sama gak.
8. nak buat keje senang... nak memasak, menonton tv, nak YM, nak berforum, nak shopping, u name it... boleh buat keje walaupun kita gendong baby... tapi aspek keselamatan jangan lupa...
9. jimat $... kenapa? RS yang saya gunakan hanyalah RM70++ dan wrap yang saya beli baru2 ni RM144.90 sedangkan stroller yang best2 yang kami usha2 kat kedai baby hampir mencecah RM2k.... dan babywearing item ni boleh guna sampai bila2, insya-Allah kalau basuh dan jaga dengan rapi.

rasanya tu kot.... ini hanya pendapat peribadi.... lain orang, lain pemikiran... kalau tak setuju dengan saya, aiman tak kisah... just sharing thoughts with friends.

so, habuk2 sawang2 pun dah clear...

salam sayang.. XOXO..

Monday, April 5, 2010

MBFPC!!!

Salam teman-teman..



Last weekend aku dapat menghadirkan diri utk ke Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBFPC)... alhamdulillah, menjadi salah seorang hamba yang terpilih utk mengikuti program latihan utk membantu, menggalakkan dan menyokong ibu-ibu yang menyusukan anak.

Tetapi buat masa sekarang ni, mata ku layu nak minta dilelapkan... kepala sudah berat untuk minta diletakkan di atas bantal...

Bagaimanapun, terlalu banyak yang belajar di sini dan benda yang paling penting yang sering dilupakan adalah belajar untuk MENGHORMATI keputusan orang lain.

Terima kasih dan tahniah kepada team PCPA MBFPC (kak kamariah, dr ning aka mak uda ku, aishah, hayatie, shida, kak rita, dr nadrah, jasmeen dll) dan kepada semua sahabat-sahabat aka adik-beradik baru ku, I'm so happy and glad to meet you guys and hope to see you all again... miss you all already, MUAHS....

salam sayang.. XOXO..