Muhd Abd Rahman & Habibah Mohamed

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, April 17, 2010

Tak boleh lagi?

Salam teman-teman,

Nak cerita mai... hari ni ada check-up kat Klang. macam biasalah, dah masuk 3rd trimester ni, check-up kena once a week. Semasa dalam perjalanan ke Klang, ada terasa contractions. boleh tahan la jugak, tapi tak berapa nak sakit sangat, ke aku ni jenis tahan sakit.

bila check kat jam kereta, contractions lebih kurang 30 minit sekali. Bila dah sampai ke Hospital Bersalin Razif, bagitau kat receptionist tu dah rasa sakit tapi tak tau nak describe sakit yang macam mana. Sebab semua rasa sakit nak bersalin yang anak-anak terdahulu dalam Labour Room. Bila baca cerita orang lain, pecah ketuban kat rumah, terasa teringin plak nak alami keadaan begitu.

Bila nurse tanya, contractions selang berapa minit? aku main agak2 je, tak pernah catat... so, nak senang cakap je setiap 30 minit. Terus nurse kata,"Bibah, jom kita naik atas, buat CTG". CTG ni kiranya mesin yang check degupan jantung baby dan contractions. Baring atas katil wad, buat CTG selama 30 minit.

30 minit berlalu pergi, ada 3 contractions. Setiap 1 contractions jaraknya lebih kurang 10-12 minit. But just mild contractions. Tak kuat pun sakitnya.. pinggang dah start lenguh2 macam period. Doktor datang dan check. Dia kata baru 1 cm. 1cm lagi? seminggu lepas pun 1cm jugak. tak leh jadi ni.

Pi bawah, masuk bilik doktor, buat scan. Kepala baby memang dah kat bawah tapi belum engange betul-betul. A feel of disappointed there. ingatkan bila dah check CTG and ada contractions, boleh la terus kena tahan wad. Aduih, tak jugak. Scan punyer scan, doctor kata baby agak besar. Sekarang ni dah 38w6d, anggaran berat baby ialah 3.45kg. Besar baby ni jika nak dibandingkan dengan kakak2nya yang lain. Air ketuban pun normal lagi. Kalau nak bersalin tu, air ketuban makin sikit.. Nak makin sikit macam mana, water bag pun tak pecah.. hehehee

Pesan doctor, kerapkan berjalan. Hm.. nak berjalan ke mana? window shopping, taman tasik, keliling rumah? padahal dah tak larat jalan dah ni. Kat bahagian ari-ari ni dah terasa lenguh. Maybe baby ni nak bagi masa kepada ibu dan abah untuk selesaikan apa-apa yang patut di rumah.... yelah, rajin basuh baju tapi tak berlipat, kamera yang dipinjam dari nenek dan datuk dah jatuh sebab kak long sumayyah jatuhkan... pandai jugak hang pilih masa no...

Apa-apa pun, we'll be waiting for you, my dear baby. Semoga Allah permudahkan kelahiranmu... Amin
 
salam sayang.. XOXO..

8 comments:

  1. cg! sye tak tau pn cg ngandung..:) smoge dpt baby comel!

    ReplyDelete
  2. siannya beeb..mcm kes akak jer dulu? balik2 2cm..dtg lagik 2 cm..xjugak dtg2 cntraction..
    last2 final checkup hrtu doc kater 3cm, and doc suggest to induce, akak terus setuju (wpun ader org ckp induce sakit giler...)
    alang2 harituh hari jumaat kan..terus check in and prepare utk labour..alhamdulillah selamat..
    sabar je la beeb yer? baby nak pilih tarikh cantik tu..hehe
    apa2pun, semoga selamat semuanya..

    ReplyDelete
  3. kak keen, ye ke... sama la kes kita ni. citer la pengalaman kak keen dalam blog... kot2 boleh sama...

    ReplyDelete
  4. saya pernah kena masa anak kedua dulu. selain bleedng, 3 wks gak alami 1cm (pernah alami gak contraction 10-15 mnt skali). bila dah 2-3 kali jadi, buat dek jer. tp bahayanya bila betul2 nak bersalin, mmg cpt sgt. mujur sempat smpi spital. jaga2 ek :)

    ReplyDelete
  5. Ala siannye. hang in there dear..sian ibu, baby nak stay lama2 dlm tu yek..
    Ammi sara pun tak penah rasa besalin normal air ketuban pecah tu sume..takpela yg penting kita nak bby sihat n off course ibu pun sihat kan..

    Besaq nya bby..good luck bib, anak2 ammi tak penah lebih 3kg pun dah separuh nyawa..InsyAllah mudah2 an Allah permudahkan semuanya...

    ReplyDelete
  6. hari ni terasa contraction tapi tak kerap. aduih, sekejap 10 minit, sekejap 15 minit, pastu 7 minit plak... tapi orang kata akan rasa sakit sangat mcam period pain gitu... lenguh2 sekitar pinggang... mcm baru nak beranak padahal yang ni yang ke3.

    takut nanti, bila betul2 nak bersalin, baru nak terhegeh pi hospital... huhuhuh...

    ReplyDelete
  7. Salam sis Bib...semoga selamat dan dipermudahkan Allah segalanya...

    Saya masa anak sulung kak Farihah lah yang teman sampai ke bilik bersalin (masa tu kancil jadi ambulans...tak sempat merasa bersalin dgn Avanza...hehe)...sampai hospital dah 8cm dilated...kelam kabut doktor dan semua nurse.

    ReplyDelete