Muhd Abd Rahman & Habibah Mohamed

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 12, 2010

Penyusuan Susu Ibu dan Puasa (Part 3)

Hari ni dah hari kedua kita berpuasa. Bagaimana dengan puasa anda? Penyusuan anda? Bagi saya biasa-biasa je sebab saya ni direct-feeding.

Kita tidak makan dan minum dalam satu jangka masa yang agak lama (14 jam), mungkin berlaku pengurangan dari segi kuantiti atau komposisi. Kalau dari segi kuantiti, jangan risau. Anda digalakkan minum banyak air semasa bersahur dan berbuka.. ada yang mencadangkan kurma blended semasa berbuka. Caranya: 5-7 ketul kurma rotab (basah) + segelas susu segar + beberapa ketul ais... dan blend, masukkan dalam fridge untuk kekal dingin. cadangan saya, jangan guna low fat mik, rasanya macam guna susu sejat. guna fresh milk atau full cream...

selepas bersahur, gunakan waktu yang ada untuk memerah.. sambil-sambil tu minum air... ini dapat mengosongkan payudara anda dan meransang pengeluaran susu. Selepas berbuka pun, anda digalakkan minum air dengan banyak tapi jangan sampai kembung plak.

Ingatlah, Islam itu MUDAH.. jika anda rasa lemah, mengalami tekanan darah rendah, seorang penghidap kencing manis, anda dibolehkan berbuka puasa...

p/s: petang ni nak berbuka dengan apa ye?

salam sayang.. XOXO..

2 comments:

  1. salam...sya masa breasfeeding dulu pun camtu jugak..makan sket je..tp bykkan minum air..air susu wajib minum masa berbuka & bersahur....

    ReplyDelete
  2. Salam ukhwah dari Kak G & famili bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini.
    Semoga ibadah kita semua diterima sepenuhnya.
    Insya Allah silaturrahim sesama ummah juga akan ikut terus bersemarak.
    Hmmm .. terkenang semasa dulu2 .. menyusukan sendiri anak adalah satu pengalaman yg indah. :)
    Selamat Beribadah.

    ReplyDelete