Muhd Abd Rahman & Habibah Mohamed

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, December 18, 2011

Perubatan Nabi SAW

Di FB pagi tadi, saya kongsikan senarai makanan yang menjadi kegemaran Nabi SAW.

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. 

Dan rupanya saya tersedar, saya memiliki buku ni ketika saya berada di Tanah Suci Mekah 3 tahun lepas.
Ihsan: 
http://islamfuture.wordpress.com/2010/07/05/healing-with-the-medicine-of-the-prophet-pbuh/
Saya akan cuba terjemah pelan-pelan, sebab buku setebal 359 mukasurat. Isi kandungan buku ni termasuk cara menyembuhkan penyakit, bahan/makanan untuk penyembuhan penyakit. Kan ke ada produk-produk tertentu mengatakan 'Makanan Sunnah', dalam buku ni ada 81 bahan untuk perubatan, termasuk wangi-wangian dan buah-buahan.

*Mode: tunggu masa yang sesuai sebab hamzah melekat macam sotong*

salam sayang.. XOXO..//

Tuesday, December 13, 2011

Lamanya!!!

Salam semua,

Lama rasanya tak menulis di sini. Entahlah apa yang mencuri masa, rasanya saya yang tak pandai mengurus aktiviti sehingga mengalami sindrom 'tak cukup masa'.

Saya cuma nak memberitahu apa yang terbaru tentang kami sekeluarga:
Abah aka en asben: biasalah dia, sibuk dengan kerja. Inilah ketua keluarga, mencari rezeki untuk kesenangan dan keselesaan isteri dan anak-anak.

Ibu aka saya: sudah bergelar pelajar sarjana sejak bulan September 2011 yang lepas, di UKM mengambil Sarjana Sains Mikroelektronik. Sekarang ni sibuk dengan projek dan presentation khamis ni. mudah-mudahan berjalan lancar. Jadual exam dah dapat, start 3/1/2012 (anak mula bersekolah plak tu, pening, pening), berakhir 17/1/2012 (ehm, ye ke? cek balik). ha, betullah. semester ni saya ambil hanya 4 subjek, itupun sudah memeningkan kepala. banyaknya formula dan cerita nak kena hafal. huhuhuuuh.. ni jadual peperiksaan saya:
  3/1/2012  Engineering Ethics  2.30-5.30pm
10/1/2012  VLSI Fabrication  9-12pm
13/1/2012  IC Design  9-12pm
17/1/2012  Mikroelectronics devices  2.30-5.30pm
 kena buat betul-betul. Good luck to myself. Oh lupa nak bagitau.. heehehehe, tengah-tengah kesibukan belajar (tak le sibuk mana pun), saya disahkan mengandung anak yang ke-4. alhamdulillah, rezeki buat masters. ada juga la sora-sora sumbang yang mengatakan 'macam mana study nanti, tak ke ganggu?', 'hai, mengandung pula ke?', 'really working hard eh?'. Memang mulut manusia tak leh tutup. Saya dan suami langsung tak melatah, malah anak-anak sangat suka bila ibu mengandung lagi. cuma mak risau, sakit lama saya akan kembali. yang itu, kita citer kat entry lain ek? sekarang ni, kandungan saya dah mencapai 3 bulan. alhamdulillah, cuma memang kebiasaan kalau saya mengandung, best friend saya adalah morning sickness bila perut kosong. Saya sekarang amalkan minum Air Herbanika NR dan Phyto Cleanse NR, ianya selamat utk ibu mengandung. Saya dapatkan produk-produk ni daripada Ice. alhamdulillah, kandungan tak de masalah apa-apa.

Kak long aka Sumayyah: bila masuk tahun 2012, Kak Long akan memasuki alam persekolahan. Dia akan memulakan persekolahan di SRI Al-Amin Wangsa Maju, sekolah baru Al-Amin. Baju sekolahnya baru beli sepasang, nak acu cuba di badannya sebab tuan punya badan tak de. Kat kampung mak, cuti sekolah. Berbekalkan tali tep, alhamdulillah, baju sekolahnya muat-muat. Buku sekolah dan buku kerja akan dibeli masa cuti Krismas nanti. Beg sekolah pun dah beli, murah je, beg Tweety RM15. Kat kedai borong. MIL jumpa beg yang sama di JB, harganya mencecah RM60. :O
Ada orang tanya, kenapa hantar anak ke sekolah swasta, sedangkan saya tak bekerja? Jawapan saya: Di KL, nak membentuk anak utk mendekati Islam sangat susah. BIarlah melabur duit dalam pendidikan akhirat supaya bila dia besar nanti, kami tak menyesal. Sebab saya tau, saya tak mampu sediakan secara keseluruhan di rumah. Saya boleh berikan apa yang termampu. Tapi utk mengajar keseluruhan, ibarat ibu ketam mengajar anaknya berjalan. Bukanlah meletakkan beban di bahu guru-guru, saya pernah menjadi guru, saya paham tugas guru. saya cuma nak anak merasai keberkatan ilmu daripada guru-guru sendiri.

Kak Ngah aka Munirah: Sudah berusia 5 tahun pada 16/11/2011. Saya boleh lupa harijadi anak sendiri? Ya Allah, nilah akibat terlalu sibuk dengan assignment dan terkejar-kejar KL-Bangi. Apa boleh buat, sendiri pilih jalan ini... Kak ngah akan meneruskan sesi pra sekolahnya di Tadika Amal Gombak, sebab dah biasa di situ. Komen guru: suka sangat bermain, sejak masuk sekolah hingga sekarang ada perubahan baik. sangat berdikari jika nak dibandingkan dengan Kak long. sangat manja dengan ibu walaupun ada adik. Lambat ber'adik' la katakan. senang diuruskan. Alhamdulillah, semoga anak ibu menjadi anak yang solehah..

Hamzah: Sekarang ni dah berumur setahun 7 bulan, masih lagi menyusu badan walaupun ibu mengandung. Manja, cheeky, masih lagi mempunyai temujanji di Institut Pediatrik HKL (IPHKL) tentang masalah iron-deficiency anaemia dan di Klinik Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, Hospital Ipoh tentang lip repair post operation. Suka makan, main kereta mainannya. hmm, boys will be boys juga la kan?

Rasanya itu je. Nanti citer2 update akan diupdatekan. heehhehe, sehingga itu....

salam sayang.. XOXO..