Muhd Abd Rahman & Habibah Mohamed

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, December 18, 2011

Perubatan Nabi SAW

Di FB pagi tadi, saya kongsikan senarai makanan yang menjadi kegemaran Nabi SAW.

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. 

Dan rupanya saya tersedar, saya memiliki buku ni ketika saya berada di Tanah Suci Mekah 3 tahun lepas.
Ihsan: 
http://islamfuture.wordpress.com/2010/07/05/healing-with-the-medicine-of-the-prophet-pbuh/
Saya akan cuba terjemah pelan-pelan, sebab buku setebal 359 mukasurat. Isi kandungan buku ni termasuk cara menyembuhkan penyakit, bahan/makanan untuk penyembuhan penyakit. Kan ke ada produk-produk tertentu mengatakan 'Makanan Sunnah', dalam buku ni ada 81 bahan untuk perubatan, termasuk wangi-wangian dan buah-buahan.

*Mode: tunggu masa yang sesuai sebab hamzah melekat macam sotong*

salam sayang.. XOXO..//

No comments:

Post a Comment