Muhd Abd Rahman & Habibah Mohamed

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 16, 2012

baby baru: MUHAMMAD FAHIM

lamanya tak menjengah ke blog... sebabnya malas nak tukar kad sim fon dalam broadband. so guna inetrnet dengan fon je.

saje nak update status baru. saya sekarang ni ibu beranak 4 dah, heheeeeh... alhamdulillah, si kecil baru sudah pun berusia 2 minggu dengan nama Muhammad Fahim. Ya, Hamzah sudah bergelar abang. sayangnya dia kepada adik, jangan cakaplah. naik rimas pula ibu. ni gambar Muhammad Fahim.
ni baru keluar labour room.. keluar lidah nak susu tu...

 get ready nak balik..

 time ni jenuh nak tidurkan dia setelah menyusu beberapa kali

 ni first attempt utk babywear Fahim ke hospital (hari ke4) sebab nurse KK kata ada kuning sikit. Alhamdulillah, bacaan darah 121.2. tak kena admit :)

 abg hamzah minum susu ibu dalam botol

gambar 'ayu' dan 'jambu' Fahim, pakai baju pink :p

Sekarang ni kat rumah mak di batu gajah, perak. pada minggu ke2 Ramadhan, kami akan pulang ke KL. insyaAllah.

Sepanjang 2 minggu menyusui Fahim secara eksklusif, bohonglah jika saya kata tiada masalah dalam penyusuan. walaupun saya Mbfpc dan pernah mengikuti kursus laktasi 20 jam, saya pun wanita biasa. saya mengalami bengkak susu dan cracked nipple. setiap kali Fahim menyusu, pedih dan sakit tak tertahan tapi ini haknya. takkan saya nak nafikan haknya semata-mata saya sakit... bagi saya perkara ni kecil je sementelah saya pernah diuji Allah semasa dalam pantang sewaktu Hamzah kecil dulu. Semoga saya dapat susukan Fahim, sebagaimana kakak-kakaknya dan abangnya. InsyaAllah. :)))

salam sayang.. XOXO..

Wednesday, January 18, 2012

Dah selesai!

Rasa macam berasap je kepala otak. Empat hari menjawab peperiksaan akhir semester 1 sesi 2011/2012, akhirnya selesai juga. Macam2 dugaan jika nak sambung belajar dengan title ibu dan isteri.ish, macam-macam...

Dugaan keadaan rumah la, saya ni jenis tak suka di library. I have my own cozy and comfy spot, in my own house. Rumah bersepah? Jangan cakaplah, tapi yang herannya.. Time nak exam, rajin plak basuh baju, sapu samapah.. Nak elakkan stress kot. Macam kawan, dia siap mop rumah lagi. Hahhahahah..... Anak2 pun seolah-olah faham yang ibu nak exam tapi hamzah macam biasa, melekat macam sotong. Mujur suami dah berhenti kerja sebab nak fokus pada bisnesnya. Minggu pertama dan kedua, dia yang uruskan anak-anak. Dia juga yang paksa saya study. Dia juga yang gerakkan saya bagun tkdur untuk belajar pada waktu sebelum subuh. Terima kasih, sayang!

Semalam, selasa 17/1/2012, paper yang terakhir. Ada hari sebelumnya, BS hamzah bagi sms yang hamzah demam. Dugaan buat saya yang study last minute. Jangan buat macam ni lagi ye, bibah. Semalam pun menghantar dia juga dan masih lagi demam. Hari ni, dia dok rumab dengan ibu, dah tak demam. SubhanAllah, dia nak ibu jaga juga ye.... Kesian dia.

Tapi dalam kelegaan peperiksaan dah tamat, ada dua tugasan yang perlu diselesaikan. Sebabnya subjek ni tak de exam mid-term. Bagi saya, saya lebih suka buat tugasan dari exam mid term yang saya tau saya akan jawab ntah apa-apa.

Saya ada berhutang dengan kawan-kawan di blog dan FB tentang pemakanan dan perubatan Nabi SAW. Saya akan mulakan sedikit demi sedikit. Memandangkan dah mula cuti semester 1, sebulan tau!!!. Doakan saya ye...

salam sayang.. XOXO..