Assalamualaikum
Lama sungguh tidak menulis. Sibuk sungguh dengan pengajian Masters, baby yang sudah menjangkau umur setahun, ahli keluarga makin bertambah, nak menulis di blog tapi tak berapa nak rajin. huhuhuhuh... tapi fesbuk rajin plak. adeh.. kena sedas kat idung sendiri. Saya ni bukan apa, tak reti nak menyusun kata-kata. dengan erti kata lain, tak pandai menulis. tapi tak pe. Mulai hari ni, sempena menyambut ramadhan ni, kena rajin menulis. kita share mana yang bagus. yang tak elok tu, dah masuk kategori mengumpat dan fitnah.
Esok kita sudah mula berpuasa. Pelbagai rancangan sudah bermain di dalam kepala ni. Cuma nak kena realisasikan aje. Bulan Ramadhan bulan yang penuh barakah, bulan pengampunan, bulan utk penyucian diri, usus, otak. semua sekali. Bak kata lain, kita detoks segala-galanya pada bulan Ramadhan.
Kedai online saya tidak beroperasi sekarang, kerana banyak benda yang berlaku, sampai blog sendiri pun tak terupdate. INsyaa Allah, memang niat nak berniaga semula. Mahu kumpulkan ilmu dan kekuatan kewangan dan minda. Terjun dalam bidang perniagaan ni bukannya mudah. Kita nampak orang lain lakukan dengan mudah tapi sebenarnya banyak onak liku yang perlu ditempuhi. Semoga saya dapat kembali ke alam online business dan mengikut jejak langkah Sayyidatina Khadijah.
Sempena Ramadhan yang hampir tiba, saya nak share satu lampiran checklist utk kita semua. Boleh download, cetak dan tampal di peti ais, dinding rumah atau jadikan sebagai jurnal. Boleh download di sini. Semoga Ramadhan kali memberi transformasi yang baik kepada diri kita, keluarga dan masyarakat.
RAMADHAN KAREEM!!!!
salam sayang..
XOXO..
*P/S: nak pi memasak tengahari. Lauk tengahari:nasi beras perang, ikan kembung goreng, masak lemak labu, ikan kembung masak tempoyak.
**PP/S sempat lagi update menu lunch. hehheheeheh
No comments:
Post a Comment