Muhd Abd Rahman & Habibah Mohamed

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 4, 2010

Muhammad Hamzah bin Muhammad Abdul Rahman

Salam teman-teman...

Dah seminggu berlalu, nak berblog balik la... ni nak citer pasal kelahiran kesayangan kami sekeluarga.

Pada Sabtu lepas (24 April 2010), kami sekeluarga pi la ke kenduri aqiqah anak angkat makcik suami di Klang. Tapi sebelum berangkat tu, stand-by jugakla beg nak ke hospital sebab hari tu kandungan ku dah masuk 39w6d. memang niat di hati nak makan daging kambing sebelum melahirkan.Sebelum ni, dah ada kuar tanda (darah + lendir) tapi masa tu dah tak larat nak gabra lagi dah. relaks je la.

Sepanjang majlis kenduri aqiqah Mikail, kandungan ku ok tapi handphone standby jugakla di tangan, kot2 ada contractions ke... contractions memang ada tapi tak le sakit mana pon. Dah abih majlis, kami pun makan la... sempat menjamah kuzi kambing yang marvelous dan pecal.. tengah dok syok makan dengan sepupu suami dan nenek, terasa lendir yang kuar di bawah semacam banyaknya.. mcm datang haid.. aku ingatkan air ketuban ku dah pecah. bila ku suarakan kepada sepupu, dia dan kawannya yang gabra lebih. aku makan lagi dengan relax. I don't want my appetite slips away just because of this thingy. selagi tak sakit, selagi tu aku relax.

bila ku suarakan hal ini kepada suami ku, dia pun relax gak la... tapi nampak jugakla gabra di wajahnya. aku pun pi toilet nak tujar pad, terserempak dengan anak sedara pak sedara suami ku tu. ku khabarkan hal ini kepadanya (masa tu mati2 aku ingat yang aku ni dah pecah ketuban). semua orang dalam rumah tu dah gabra.. hahhahahhahh... memang la aku ni....

Minta izin daripada tuan rumah untuk ke spital dah memang tuan rumah tu plak tuan punyer spital, Hospital Bersalin Razif, Klang. Bila masuk jumpa doktor, doktor kata dah buka 4cm. Dia tanya, nak masuk LR terus ke atau masuk wad dulu? Bagi aku, baik masuk wad dulu.. bagi anak2 dan suami rileks dulu.

Dah masuk bilik, letak beg aku, aku suruh suami balik dengan anak2 untuk ambil beg diorang plak dalam kereta satu lagi. Sepanjang aku dok situ sampai suami sampai, contractions setiap 30-20 minit.

Pada pukul 10pm, aku masuk tidur, anak2 pun dah tidur la. suami masih lagi melayan TV. Tetiba pada pukul 11.30 mlm, aku terasa perut ku sakit2... Suruh suami urut di belakang. Aku agak sakitku ini dalam selang masa 5 minit sekali. Tak tahan sangat, panggil nurse. Nurse check perut, dia kata sakit kurang dari 5 minit. Dia panggilkan doktor dan doktor check dah buka 6 cm. Dia tanya, nak masuk LR ke atau nak ubat painkiller? Aku pandang suami dan anak2, memandangkan anak2 dah tidur, aku memutuskan untuk masuk LR pada malam tu jugak.

So, nurse bagi baju nak dipakai untuk masuk ke LR dan masukkan ubat enema untuk yak... Masuk LR dalam pukul 12.15am. Dah masuk LR, doktor pecahkan ketuban. Masa tu bertambah kerap sakitnya.. Nurse inject petidin, sejenis painkiller.. ada la rasa ngantuk sikit tapi bila contractions tu still sakit, okeyh??

Sakit makin kerap, dan ada satu masa aku rasa macam nak meneran dengan sendirinya. Nurse kata tahan dulu, sikit je lagi... baru boleh push.. aik, mcm tu plak? Dalam beberapa minit kemudian, nurse suruh push jugak. Dengan 4x push, baby boy pun keluar menjengah dunia pada pukul 1.55am, dengan seberat 3.78kg. terkejut mak, nyah... mak ingat 3.5kg je, rupanya nak dekat 3.8kg.

Dalam pada itu, uri tak mau kuar sirik.. doktor punyala urut perut aku ni.. last2 dia kata,"puan, kalau uri tak keluar dalam masa 5 minit, saya terpaksa seluk ye".. aku pun menangguk je la.. dah penat push, ko nak buat apa dengan aku pun tak kisah la doktor.. alang2 dah sakit, baik rasa sakit semua dalam LR...

Keluar LR dalam pukul 3am, nurse amik baby untuk dibawa ke nursery untuk dibersihkan dan dihensemkan.. aku dah bagitau awal2 yang aku nak rooming-in dengan baby..

so, pada pukul 3.30am aku menyusukan baby... masa tu tak de nama lagi... so kami panggil adik or baby je..

setelah hari ke-7, baru suami menamakan putera kami dengan nama MUHAMMAD HAMZAH BIN MUHAMMAD ABDUL RAHMAN. Dia kata Hamzah sebab Hamzah ni ada gelaran iaitu Asadullah (singa Allah)... tang singa tu, ilham dari cleft lips dia... aku plak panggil dia anak singa... heheheehe



salam sayang.. XOXO..

7 comments:

  1. ya allah bib...tembamnya...gerammmm betul dgn pp diaaa....selamat menyusu make sure sampai 2thn tau!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah selamat da bib...tahniah...comelnye dia....(tgh pump tgk hzh...laju lak susu kuar...hehe)....tahniah bib...

    ReplyDelete
  3. Bib..mu sempat dak praktikkan hypnobirthing???

    ReplyDelete
  4. MasayaAllah..geramnye ammi tgk anak singa ni!
    tembam! montel! tahniah ibu mengeluarkan hamzah, besaq ye...mmmuaahh!!kisses frm ammmi..
    ni besaq suka mkn kambing ni, comfirm!hehe..
    singa mmg suka mkn kambing pun kan hamzah ;-)

    ReplyDelete
  5. along: tembam kan...
    yanie: wah, ku pun tumpang gembira production mu melimpah ruah..
    nurul: tak de sempatnyer nak buat hypnobirthing. dah la ter'angkat' b**t*t, terkoyak plak tu... huhhuhuhh
    kak sara: kalau waidi si belalang, ulwan si ikan buntal, inilah hamzah si anak singa... hehee... saya dah belasah kambing siap2 bagi dia makan b4 deliver
    norulhuda: thanks a lot

    ReplyDelete
  6. Bib,
    tahniah..first time masuk blog ni..nak baca pengalaman bersalin Bib..saya due smlm tapi tak terasa apa lagi ni..ingat nak p spital jap lagi..selamat berpantang n happy BF..kita tukar link ye..

    ReplyDelete