Muhd Abd Rahman & Habibah Mohamed

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, December 12, 2010

ISTIMEWA

Assalamualaikum...

Pertama sekali Salam Ma'al Hijrah 1432H. Semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan memperbaharui syahadah setiap hari..

Baru dapat nak berblog sebab balik rumah mak. Kalau kat rumah sendiri, broadband dah ditamatkan perkhidmatan. Bercadang nak jalan-jalan cari BB dengan DH, tak sempat2. Kenalah menunggu seminggu sekali. Banyak sebenarnya gambar yang nak dihapdate tapi, konfirm dah jadi basi. Tak pe la, basi pun basi la...

Kenapa tajuk kita pada malam ini ISTIMEWA? Entahlah. Saya rasa saya adalah insan yang teristimewa yang diberikan kekuatan yang luar biasa daripada Allah dan diingatkan oleh Allah dengan ujian yang menimpa. Dan saya pasti ramai ibu-ibu di luar sana pun sama seperti saya, bahkan lebih hebat daripada saya...

Malam ini saya berjalan-jalan melawat blog teman-teman istimewa: Irma, Mawar dan Ayu. Pengalaman mereka jadikan saya lebih tabah dalam mendidik anak-anak. Semoga kami dapat dipertemukan di alam realiti, insya-Allah...

salam sayang.. XOXO..

1 comment:

  1. Bib, betul tu, sy sokong, hanya ibu bapa yg istimewa d anugerahkan dgn anak2 yg istimewa. jgn sesekali kita rasa tersisih/terasing/rendah diri dgn apa yg kita ada. insyaALLAH, ALLAH MAHA MENGETAHUI ats segala sesuatu

    ReplyDelete