Muhd Abd Rahman & Habibah Mohamed

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 20, 2011

Check-up Hamzah

Salam semua,

Kami sekarang ni berkampung di Batu Gajah, rumah mak. Ni pun pulang sebab Hamzah ada appointment dengan pakar kanak-kanak dari Hospital Ipoh. Disebabkan dia pernah dimasukkan ke wad kerana demam tak kebah dan kandungan Hb yang rendah = 6.8g/l (entah betul ke unit nyer tu).

Semalam Hamzah jumpa doktor dan alhamdulillah Hb Hamzah naik jadi 9.2g/l. Doktor khuatir Hamzah mungkin menghidapi talasemia memandangkan Neneknya (MIL) adalah talasemia Trait. Tetapi, memandangkan Hb Hamzah meningkat, doktor kata kemungkinan besar Hanzah tiada Talasemia. fuh, lega hati ibu.

Tetapi ibu dan abah tetap kena menjalani Ujian Darah untuk Talasemia untuk langkah berjaga-jaga. Hamzah akan diambil darah kembali bila dia akan menginjak 1 tahun kerana pada masa Hb dalah darah bayi sudah mula normal. Pada masa ini (Hamzah berusia 9 bulan), Hb bercampur-campur kerana Hb bayi nak berubah ke Hb dewasa (HbF ---> HbA).. erm, faham ke tak ek? huhuhuhuh

Memandangkan dah tak larat nak berulang-alik lagi (bulan 4 ni balik lagi, check-up Plastic plak), mintan refer ke Paed HKL. Mujur dapat.. lega betul.. Petang ni kami nak balik dah, tak boleh nak bersiaran lagi.... nak kena tunggu green light dari en abah untuk dapatkan BB baru atau maybe Galaxy tab huahuahua perasan jap.. jeles dengan mama hazim, okey!!!

salam sayang.. XOXO..

Sunday, January 2, 2011

Persediaan ke Alam Pra-Sekolah

Wah, dah masuk tahun 2011 ye... maknanya Sumayyah dan Munirah pun dah mula bertadika - nak kata bersekolah belum cukup umur lagi. Hari tu dah survey 2 tadika yang berdekatan dengan rumah: Tadika Islam At-Taqwa dan Tadika Amal... tapi banyak betul dalam fikiran ibu ni. Bila ibu dah mula belajar nanti (mungkin bulan 7 atau 9), anak-anak kat mana nanti? kalau di Tadika Islam At-Taqwa, yurannya murah (RM20) tapi siapa nak jada mereka sebelum dan selepas tadika? Memang rumah nenek suami dekat dengan rumah kami, tapi takkan nak menyusahkan orang tua tu... takut kang yang membebel adalah bibiknya.. huhuhuhuh

Kalau tadika Amal, yurannya boleh tahan jugaklah (RM150) tapi ada transportation dan transit... samada transit di situ juga atau transit di rumah pengasuh lama.. Akhirnya:

Ibu: kak long dan kak ngah nak pi tadika mana? tadika amal ke tadika at-taqwa?

kak long: nak tadika amal... (kak ngah join jerit sekali)

Ibu: kenapa tak nak tadika at-taqwa?

Kak long: Cikgu F* dan Cikgu f* garang...

Adoi, pening kepala ibu... bila berbincang dengan abah, abah kata pilihlah tadika ikut suka anak-anak... Anak-anak, banyaknya belanja sekolah korang.. bila dah besar masuk sekolah nanti, entahlah berapa yang perlu dibayar... *sigh*

Jadi, kesimpulannya saya daftarkan mereka di Tadika Amal Kampung Kerdas, Gombak... Yang bestnyer, Tadika Amal ada 2 sesi persekolahan: Pagi dari pukul 8am hingga 12pm manakala petang dari pukul 12.15pm hingga 4.15pm. Saya memilih sesi petang memandangkan saya ni jenis kelam-kabut pada waktu pagi. huhuhuh.. tentang kat mana nak letakkan Hamzah nanti, itu belakang kira sebab di Bangi nanti banyak taska yang boleh Hamzah menumpang.... Kalau boleh, Taska UKM la... hehehehe

Memang masa nak bayar yuran tadika, menggeletar juga nak keluarkan duit tapi apa yang penting pendidikan anak-anak.. saya bukanlah ibu yang terbaik tetapi setiap ibu pastikan anak-anak mendapat yang terbaik... Duit bukanlah segalanya.. Pada masa mereka di tadika, bolehlah saya dan Hamzah 'mengemas rumah'... hehehehe...

Ibu berjanji ibu akan belajar bersungguh-sungguh untuk dapatkan segulung Sarjana nanti untuk membantu abah menyara kehidupan kita sekeluarga... *kalau abah baca ni, mesti monyok mukanya... hihihihihi, sorry sayang.. i can't help myself by helping u..*

* lupa nak bagitau, saya dah dapat tawaran menyambung pengajian Sarjana (Masters) di UKM pada bulan Julai 2010 tetapi terpaksa ditanggukan kerana saya tak sihat selepas melahirkan Hamzah dulu. Berkat cadangan senior dan pensyarah UKM supaya mendapatkan surat doktor dan membuat permohonan penangguhan pendaftaran Masters... Alhamdulillah, permohonan diluluskan dan saya bakal mendaftarkan diri pada Julai 2011.. hm mungkin September.. Kementerian Pengajian Tinggi kata nak ubah taqwim... kita tunggu surat sampailah dari UKM ye.... Doakan saya ye, kawan-kawan...

salam sayang.. XOXO..

Saturday, January 1, 2011

Tahun Baru 2011

1.1.11... Tarikh hati ini, 1 Januari 2011. Bagi sesetengah orang, hm cantiknya tarikh ni... 1111.. macam-macam perspektif yang ditafsirkan dari tarikh ini.

Bagi saya, saya mengalami migraine yang agak teruk setelah lama tak kena... hm, mungkin bukan pemula tahun baru yang bagus buat saya... anggapan saja... Bagus atau tidak bergantung kepada bagaimana kita menangani hidup kita... Suami pula, setelah memandu jauh dari Kuala Lumpur ke Batu Gajah, kemudian pergi pula ke Kampung Layang-layang Kanan, Bota Kanan, patah balik ke Batu Gajah, terus tumbang demam... Masya-Allah, dugaan lagi.. Dahlah suami ni jarang sakit.. Sekarang ni berselimut bagai di ruang tamu di rumah mak. Minta-minta esok dia semakin ok untuk perjalanan jauh lagi dari Batu Gajah ke Kuala Lumpur.

Begitu juga digemparkan pelakon Faizal Yusof, pelakon Tiramisu yang sedang ditayangkan di TV3 dan Adamaya, meninggal dunia hari ini akibat sakit jantung. Innalillahi wainna ilaihirraji'un. Tetiba hati ini tertanya-tanya, ramai juga generasi muda yang mati muda... Saya merasakan permulaan tahun 2011 menunjukkan kita semakin menambah usia, semakin hampir kita dengan kubur. Tetapi adakah kita hampir dengan Pencipta?

Azam tahun baru 2011 dan 1432H saya adalah:
1. Semakin bijak mengurus masa - sejak jadi SAHM, masa diuruskan sesuka hati, tidak sistematik.
2. Semakin mendekatkan diri kepada Allah
3. Kurangkan sifat amarah dalam jiwa - pemarah sebenarnya saya ni... (terbongkar rahsia!!!)
4. Kurangkan buruk sangka - don't be judgemental, setiap kejadian yang berlaku bersebab
5. Banyyakkan membaca dan berfikir
6. Sentiasa husnozhon dengan orang lain
7. Sentiasa bermuhasabah bersama anak-anak dan suami

Semoga tahun lepas memberikan kesan yang mendalam kepada kita. Yang baik kita teruskan, yang tak baik kita jadikan sempadan.

Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua sahabat!!! :)

salam sayang.. XOXO..