Wah, dah masuk tahun 2011 ye... maknanya Sumayyah dan Munirah pun dah mula bertadika - nak kata bersekolah belum cukup umur lagi. Hari tu dah survey 2 tadika yang berdekatan dengan rumah: Tadika Islam At-Taqwa dan Tadika Amal... tapi banyak betul dalam fikiran ibu ni. Bila ibu dah mula belajar nanti (mungkin bulan 7 atau 9), anak-anak kat mana nanti? kalau di Tadika Islam At-Taqwa, yurannya murah (RM20) tapi siapa nak jada mereka sebelum dan selepas tadika? Memang rumah nenek suami dekat dengan rumah kami, tapi takkan nak menyusahkan orang tua tu... takut kang yang membebel adalah bibiknya.. huhuhuhuh
Kalau tadika Amal, yurannya boleh tahan jugaklah (RM150) tapi ada transportation dan transit... samada transit di situ juga atau transit di rumah pengasuh lama.. Akhirnya:
Ibu: kak long dan kak ngah nak pi tadika mana? tadika amal ke tadika at-taqwa?
kak long: nak tadika amal... (kak ngah join jerit sekali)
Ibu: kenapa tak nak tadika at-taqwa?
Kak long: Cikgu F* dan Cikgu f* garang...
Adoi, pening kepala ibu... bila berbincang dengan abah, abah kata pilihlah tadika ikut suka anak-anak... Anak-anak, banyaknya belanja sekolah korang.. bila dah besar masuk sekolah nanti, entahlah berapa yang perlu dibayar... *sigh*
Jadi, kesimpulannya saya daftarkan mereka di Tadika Amal Kampung Kerdas, Gombak... Yang bestnyer, Tadika Amal ada 2 sesi persekolahan: Pagi dari pukul 8am hingga 12pm manakala petang dari pukul 12.15pm hingga 4.15pm. Saya memilih sesi petang memandangkan saya ni jenis kelam-kabut pada waktu pagi. huhuhuh.. tentang kat mana nak letakkan Hamzah nanti, itu belakang kira sebab di Bangi nanti banyak taska yang boleh Hamzah menumpang.... Kalau boleh, Taska UKM la... hehehehe
Memang masa nak bayar yuran tadika, menggeletar juga nak keluarkan duit tapi apa yang penting pendidikan anak-anak.. saya bukanlah ibu yang terbaik tetapi setiap ibu pastikan anak-anak mendapat yang terbaik... Duit bukanlah segalanya.. Pada masa mereka di tadika, bolehlah saya dan Hamzah 'mengemas rumah'... hehehehe...
Ibu berjanji ibu akan belajar bersungguh-sungguh untuk dapatkan segulung Sarjana nanti untuk membantu abah menyara kehidupan kita sekeluarga... *kalau abah baca ni, mesti monyok mukanya... hihihihihi, sorry sayang.. i can't help myself by helping u..*
* lupa nak bagitau, saya dah dapat tawaran menyambung pengajian Sarjana (Masters) di UKM pada bulan Julai 2010 tetapi terpaksa ditanggukan kerana saya tak sihat selepas melahirkan Hamzah dulu. Berkat cadangan senior dan pensyarah UKM supaya mendapatkan surat doktor dan membuat permohonan penangguhan pendaftaran Masters... Alhamdulillah, permohonan diluluskan dan saya bakal mendaftarkan diri pada Julai 2011.. hm mungkin September.. Kementerian Pengajian Tinggi kata nak ubah taqwim... kita tunggu surat sampailah dari UKM ye.... Doakan saya ye, kawan-kawan...
salam sayang.. XOXO..
Showing posts with label diri sendiri. Show all posts
Showing posts with label diri sendiri. Show all posts
Sunday, January 2, 2011
Monday, November 22, 2010
vacuum lagi!!! :(
salam sayang buat semua...
sekali lagi terpaksa menunda aktiviti menulis blog disebabkan:
1. tiada lagi broadband... dalam pencarian nak amik yang baru
2. bila kat rumah mak, mengadap laptop je trompet dah berbunyi...
3. malas da..... - ketuk kepala sikit...
insya-Allah, bila semua itu dapat ditangani, kita akan bersiaran semula dengan info2 yang berguna dan bermanfaat buat semua... minta maaf sekali lagi....

Labels:
diri sendiri
Tuesday, September 21, 2010
Maher Zain is coming to Malaysia!!!
Assalamualaikum, teman-teman blogger sekalian... skemanya
Ni ha, bagi sesapa yang minat Yusuf Islam, Sami Yusuf, Zain Bikha, mesti kenal Maher Zain... dah lah encemcik abe ai encem agi, nyanyi pon sodap... dia nak mai Malaysia buat konsert... these are the details of his shows..
Cek ni dok war-warkan, tak booking tiket lagi ni... cik abe dah bagi greenlight tapi dia kata tak mo pi.. HUhuuuhuhuu :( kena lah hangkut 3 orang tentera diraja Malaysia tuh.. Sumayyah, si Tentera Darat (sebab dia suka main atas lantai je); Munirah, si Tentera Udara (minah ni suka lompat-lompat) dan Hamzah, si Tentera Laut (sebab dia suka main air)...
Kepada Cik Masitah Mohamed, cepatlah decide ye... ai bayarkan pun tak pe... cadangnyer nak pi 14hb, tak le jam sangat jalan... ada sapa-sapa nak escort acik ni?
salam sayang.. XOXO..
Ni ha, bagi sesapa yang minat Yusuf Islam, Sami Yusuf, Zain Bikha, mesti kenal Maher Zain... dah lah encem
MAHER ZAIN'S SHOWCASE, "SAVE THE SOUL"
Konsert ni anjuran Raudhatus Sakinah, pusat perlindungan remaja di bawah JIM.
Tarikh: 14 dan 15 Oktober 2010
Masa: 8pm - 11pm
Tempat: Auditorium MBSA, Shah Alam (berhadapan dengan Dataran Shah Alam)
Tiket: RM200, RM150, RM100, RM70
Terkini pada jam 3.45 Petang, 21 September 2010 :
Baki Tiket Belum Ditempah:
14TH OCTOBER
TIKET RM200 – 24 keping
TIKET RM150 – 188 keping
TIKET RM100 – 230 keping
TIKET RM70 – 672 keping
TIKET RM150 – 188 keping
TIKET RM100 – 230 keping
TIKET RM70 – 672 keping
15TH OCTOBER
TIKET RM200 – FULLY BOOKED!!
TIKET RM150 – FULLY BOOKED!!
TIKET RM100 – FULLY BOOKED!!
TIKET RM70 – 325 keping (tak tau la dah tinggal berapa)
TIKET RM150 – FULLY BOOKED!!
TIKET RM100 – FULLY BOOKED!!
TIKET RM70 – 325 keping (tak tau la dah tinggal berapa)
Untuk tempahan, boleh calling-calling:
1) Raudhatus Sakinah, 03-4108 9669 (Pn Izahana / En Abdullah Omar)
2) In-Team Records, 03-6273 6393 / 017-668 1885 (En Fairus)
3) My Event Enterprise, 03-5511 0650 (En Roslan / En Naizi)
Kepada Cik Masitah Mohamed, cepatlah decide ye... ai bayarkan pun tak pe... cadangnyer nak pi 14hb, tak le jam sangat jalan... ada sapa-sapa nak escort acik ni?
salam sayang.. XOXO..
Labels:
anak-anak,
diri sendiri
Sunday, September 5, 2010
Seronoknya bila ada baby ni!!!
Salam Ramadhan,
Bulan Ramadhan hampir berakhir.. Lagi 5 hari (termasuk hari ni) lagi Ramadhan akan kembali kepada PenciptaNya dan entah akan ketemu pada tahun depan atau pun tidak....
Ramadhan kali ni memberi banyak makna kepada diri saya.. Beranak kecil menjadikan saya senang bangun malamkadang-kadang terlajak jugak dan pembedahan Hamzah yang juga berlaku dalam bulan Ramadhan. Pada 10 malam terakhir Ramadhan, saya perasan Hamzah akan bangun merengek nak menyusu pada pukul 2pagi @ 3pagi. Ini memberi peluang kepada saya untuk melakukan amalan-amalan sunat yang saya mampu lakukan..
Bagi sesetengah teman-teman, Syawal adalah konvokesyen bagi mereka yang telah melalui Ramadhan dengan cemerlang. Ini membuatkan mereka terus menyambung/memperhebatkan ibadah pada bulan-bulan yang lain. Bagi saya, Ramadhan adalah bulan pencetus ibadah yang saya harapkan agar berterusan dan meningkatkan rasa syukur dan keimanan kepada Allah. Lain orang, lain rasa..
Persiapan raya pada tahun ni biasa-biasa je, macam tahun-tahun lepas. Pakaian anak-anak dan suami menjadi keutamaan walaupun suami pakai baju melayu setahun 2 kali je (Aidilfitri dan Aidiladha), anak-anak plak cepat membesar. Untuk ibu menyusu ni, baju kurung menyusu menjadi pilihan. Senang. Tak yah nak tumpang bilik rumah orang untuk susukan baby... Tak lupa jugak dengan nursing cover... boleh je tak guna kalau anda yakin nak nursing in public (NIP). BW item pula jangan lupa.. kalau satu hari 10 buah rumah nak berziarah, lenguh jugak tangan nak dukung anak... cik abang plak mesti nak setelkan anak-anak yang dah besar... jadi BW item adalah satu kemestian bagi saya.... Ye ke persiapan raya biasa-biasa je? hehehehe.. yelah tuh, tak yah nak tukar langsir, sofa, cuci rumah...
Bagi saya, benda ni optional. Mujur saya mendapat suami yang memahami saya sebagai isteri dan ibu. Asalkan kemas dan bersih itu sudah mencukupi. Bajet kami takler setinggi orang lain.. Jadi, dah ada rumah pun bersyukur sangat. Ada orang lain, tak de rumah... Kami bersyukur, Ya Allah...
p/s: pagi ni nak buat kuih raya lagi... Rezeki anak-anak....
salam sayang..
XOXO..
Bulan Ramadhan hampir berakhir.. Lagi 5 hari (termasuk hari ni) lagi Ramadhan akan kembali kepada PenciptaNya dan entah akan ketemu pada tahun depan atau pun tidak....
Ramadhan kali ni memberi banyak makna kepada diri saya.. Beranak kecil menjadikan saya senang bangun malam
Bagi sesetengah teman-teman, Syawal adalah konvokesyen bagi mereka yang telah melalui Ramadhan dengan cemerlang. Ini membuatkan mereka terus menyambung/memperhebatkan ibadah pada bulan-bulan yang lain. Bagi saya, Ramadhan adalah bulan pencetus ibadah yang saya harapkan agar berterusan dan meningkatkan rasa syukur dan keimanan kepada Allah. Lain orang, lain rasa..
Persiapan raya pada tahun ni biasa-biasa je, macam tahun-tahun lepas. Pakaian anak-anak dan suami menjadi keutamaan walaupun suami pakai baju melayu setahun 2 kali je (Aidilfitri dan Aidiladha), anak-anak plak cepat membesar. Untuk ibu menyusu ni, baju kurung menyusu menjadi pilihan. Senang. Tak yah nak tumpang bilik rumah orang untuk susukan baby... Tak lupa jugak dengan nursing cover... boleh je tak guna kalau anda yakin nak nursing in public (NIP). BW item pula jangan lupa.. kalau satu hari 10 buah rumah nak berziarah, lenguh jugak tangan nak dukung anak... cik abang plak mesti nak setelkan anak-anak yang dah besar... jadi BW item adalah satu kemestian bagi saya.... Ye ke persiapan raya biasa-biasa je? hehehehe.. yelah tuh, tak yah nak tukar langsir, sofa, cuci rumah...
Bagi saya, benda ni optional. Mujur saya mendapat suami yang memahami saya sebagai isteri dan ibu. Asalkan kemas dan bersih itu sudah mencukupi. Bajet kami takler setinggi orang lain.. Jadi, dah ada rumah pun bersyukur sangat. Ada orang lain, tak de rumah... Kami bersyukur, Ya Allah...
p/s: pagi ni nak buat kuih raya lagi... Rezeki anak-anak....
salam sayang..
XOXO..
Labels:
anak-anak,
babywearing,
breastfeeding,
diri sendiri,
keluarga,
puasa
Saturday, September 4, 2010
Yeay, dapat kad raya!!!
Salam Ramadhan,
Sejak kita dah pandai berSMS, berEMAIL, berFB ni, kad raya kertas makin dilupakan... bukan lupa, busy sangat sampai tak sempat nak pi kedai beli kad raya.. boleh pakai ke alasan tu.. BUSY ke MALAS nak kuar rumah?... hmmm, yang no 2 tu lah... sonang cito..
Member belog tersayang ada bagi kad raya, so acik yang muka tak malu ni pi amik.. dah dia suh amik, kita pun amik lah... ni lah rupanya kad raya daripada Syamila.
Selamat Hari Raya to you, dear Syamila.. rajin datang jengah blog akak...Kiss2, muah2 to Ira ye!!!
Anyway, hari ni acik buat biskut raya... tak ler biskut raya pun.. biskut ini diambil dari blog minah saleh, namanya Amanda.. biskut ni diberi nama Garbage cookies. Kenapa Garbage? Macam sampah kan... sebab bahan sampingannya macam-macam boleh letak... nak letak kismis, choc chip, nuts pon boleh... ikut citarasa anda... chewah..
Dah bagi anak-anak orang yang tak pose makan... depa kata sedap.. aish, kembang semangkuk lai chi kang acik ni... siap bawa sebalang biskut ke depan.. ini sudah lebeh... tak pe, sayang-sayang ibu.. nanti ibu buat lagi, kali ni bahan-bahan campak tu biasa-biasa je, tak semewah ini....
Esok-esok acik buat biskut lagi ye...
salam sayang.. XOXO..
Sejak kita dah pandai berSMS, berEMAIL, berFB ni, kad raya kertas makin dilupakan... bukan lupa, busy sangat sampai tak sempat nak pi kedai beli kad raya.. boleh pakai ke alasan tu.. BUSY ke MALAS nak kuar rumah?... hmmm, yang no 2 tu lah... sonang cito..
Member belog tersayang ada bagi kad raya, so acik yang muka tak malu ni pi amik.. dah dia suh amik, kita pun amik lah... ni lah rupanya kad raya daripada Syamila.
![]() |
| Comel tak? :P |
Anyway, hari ni acik buat biskut raya... tak ler biskut raya pun.. biskut ini diambil dari blog minah saleh, namanya Amanda.. biskut ni diberi nama Garbage cookies. Kenapa Garbage? Macam sampah kan... sebab bahan sampingannya macam-macam boleh letak... nak letak kismis, choc chip, nuts pon boleh... ikut citarasa anda... chewah..
![]() |
| Garbage Cookies with M&M's - pergh!!! |
Esok-esok acik buat biskut lagi ye...
salam sayang.. XOXO..
Labels:
diri sendiri,
kad raya,
makanan
Friday, July 23, 2010
Orang Jauh Datang Melawat
Salam..
Hari ni nak citer, ada orang jauh datang melawat ai.... Ex-student Setiabudi, Nabilah Nur Husna datang melawat dengan abangnya, yang mana kedua-duanya pelajar perubatan di Mesir. Sebenarnya saya ada order barang dengan Husna ni, Coklat n Habbatussauda'. Alang-alang hantar barang, datanglah melawat saya dan baby Hamzah.
Pelbagai perkara yang disembangkan, perihal kehidupan mereka sebagai pelajar di Mesir, kehidupan dan cara hidup orang Mesir dan makanan (itu yang paling penting). Bagi kami yang tak pernah ke sana, hanya mendengar kisah sahaja. Bilalah nak melawat tempat orang Arab, especially... Di Mekah dan Madinah dah pi... teringin nak melawat tengok negara Arab yang lain.
To Husna, thanks for coming to our house... Do come again next time. Many things that we can catch-up later.

Sunday, July 4, 2010
Suplemen
Salam,
Adakah kita perlukan suplemen? Kenapa? Penat? Makan tak menentu? Puasa? Macam-macam sebab dan ada di antara kita memang perlukan suplemen, termasuk diriku. Kadang kala kita terlupa, jiwa kita pun perlukan suplemen. Apa dia? Ingin sekali berkongsi dengan teman-teman yang mana aku 'cedok' dari blog teman susuibu.com yang rapat, Along aka Azrina aka MamaAnA.
Tangan sekecil ini dicucuk dengan jarum, apatah lagi bayi yang berusia 2-3 hari disyaki jaundis. Kecil-kecil lagi kena amik darah. Misi-misi ni plak, cekap betul... tangan kecil tu boleh cari urat nak cucuk amik darah...
Alhamdulillah, Hamzah dah sihat dan menyusu dengan baik, tetapi sekarang ni sebelum menyusu dia akan melalak terlebih dahulu, marah dengan bahasa dia then baru menyusu.. dah pandai bermain dengan emosi ye.
Apa-apa pun, Hamzah memang seorang Mujahid.

- Jaga solat
- Jika ada kelapangan lakukan solat-solat sunat seperti solat Dhuha, solat taubat, solat hajat, solat tahajud
- Amalkan zikir Ya Matin(Kukuh)- perbanyakkan susu, zikir sebanyak-banyaknya dengan hati yang ikhlas, Insyaallah kesulitan kita akan lenyap
- Zikir Ya Wahhab(Maha Pemberi) - 300x setiap hari setelah selesai solat 5 waktu, akan termakbul permohonannya
- Zikir Ya Lathiff - 133x setiap hari, hikmahnya akan memperolehi taufiq dan hidayah dari ALLAH swt. Insyaallah akan berhasil dalam setiap usaha dan dilimpahi rezekinya
- Perbanyakkan istighfar dan selawat setiap hari (100x)
- Setiap malam baca Al Waqiah kerana ini adalah surah kekayaan dan dipermudahkan di dalam setiap apa yang kita lakukan. Sebelum baca baca dalam hati dengan niat untuk sedekahkan kepada suami, anak-anak, ibubapa kita, kaum Muslimin dan Musliman juga Insyaallah akan dilembutkan hati-hati mereka, dimurahkan rezeki juga
- Jangan lupa sebelum memulakan sesuatu bacalah Bismillah
Tangan sekecil ini dicucuk dengan jarum, apatah lagi bayi yang berusia 2-3 hari disyaki jaundis. Kecil-kecil lagi kena amik darah. Misi-misi ni plak, cekap betul... tangan kecil tu boleh cari urat nak cucuk amik darah...
Alhamdulillah, Hamzah dah sihat dan menyusu dengan baik, tetapi sekarang ni sebelum menyusu dia akan melalak terlebih dahulu, marah dengan bahasa dia then baru menyusu.. dah pandai bermain dengan emosi ye.
Apa-apa pun, Hamzah memang seorang Mujahid.
salam sayang.. XOXO..
Labels:
diri sendiri,
doa,
Hamzah
Thursday, July 1, 2010
Nak Vacuum Jap!!!
Salam,
Aduhai, dah lama tak berbelog... Minta maaf kepada yag menantimacam lah acik ni best bebenor.. :P
Bukan apa, rasanya ramai yang maklum, sejak kelahiran Hamzah 2 bulan lepas, masa diserang muscle spasm memang terbaring je, menyusu pun berbaring, tak leh mengiring ke kiri, ke kanan.. Selepas 6 minggu menerima rawatan fisioterapi di Hospital Batu Gajah, Alhamdulillah, ada perkembangan.. dari tak boleh bangun, dah boleh bangun, duduk, berdiri, berjalan.. skang ni dah boleh dukung dan bawa anak sambil berjalan, itu pun jalan capek-capek sikit... skang ni, takut nak tunduk letak/ambil anak... tak pe, slow-slow ye..
Nanti kita share pasal penyusuan dan babywearing... acik ni baru berjinak-jinak nak berCD tapi mak maleh nak basuh... eh, kenapa mak plak? sebab acik ni tak leh buat keje yang terbongkok2...
Okeylah, sampai di sini.. adios...
salam sayang.. XOXO..
Aduhai, dah lama tak berbelog... Minta maaf kepada yag menanti

Saturday, April 17, 2010
Tak boleh lagi?
Salam teman-teman,
Nak cerita mai... hari ni ada check-up kat Klang. macam biasalah, dah masuk 3rd trimester ni, check-up kena once a week. Semasa dalam perjalanan ke Klang, ada terasa contractions. boleh tahan la jugak, tapi tak berapa nak sakit sangat,ke aku ni jenis tahan sakit.
bila check kat jam kereta, contractions lebih kurang 30 minit sekali. Bila dah sampai ke Hospital Bersalin Razif, bagitau kat receptionist tu dah rasa sakit tapi tak tau nak describe sakit yang macam mana. Sebab semua rasa sakit nak bersalin yang anak-anak terdahulu dalam Labour Room. Bila baca cerita orang lain, pecah ketuban kat rumah, terasa teringin plak nak alami keadaan begitu.
Bila nurse tanya, contractions selang berapa minit? aku main agak2 je, tak pernah catat... so, nak senang cakap je setiap 30 minit. Terus nurse kata,"Bibah, jom kita naik atas, buat CTG". CTG ni kiranya mesin yang check degupan jantung baby dan contractions. Baring atas katil wad, buat CTG selama 30 minit.
30 minit berlalu pergi, ada 3 contractions. Setiap 1 contractions jaraknya lebih kurang 10-12 minit. But just mild contractions. Tak kuat pun sakitnya.. pinggang dah start lenguh2 macam period. Doktor datang dan check. Dia kata baru 1 cm. 1cm lagi? seminggu lepas pun 1cm jugak. tak leh jadi ni.
Pi bawah, masuk bilik doktor, buat scan. Kepala baby memang dah kat bawah tapi belum engange betul-betul. A feel of disappointed there. ingatkan bila dah check CTG and ada contractions, boleh la terus kena tahan wad. Aduih, tak jugak. Scan punyer scan, doctor kata baby agak besar. Sekarang ni dah 38w6d, anggaran berat baby ialah 3.45kg. Besar baby ni jika nak dibandingkan dengan kakak2nya yang lain. Air ketuban pun normal lagi. Kalau nak bersalin tu, air ketuban makin sikit.. Nak makin sikit macam mana, water bag pun tak pecah.. hehehee
Pesan doctor, kerapkan berjalan. Hm.. nak berjalan ke mana? window shopping, taman tasik, keliling rumah? padahal dah tak larat jalan dah ni. Kat bahagian ari-ari ni dah terasa lenguh. Maybe baby ni nak bagi masa kepada ibu dan abah untuk selesaikan apa-apa yang patut di rumah.... yelah, rajin basuh baju tapi tak berlipat, kamera yang dipinjam dari nenek dan datuk dah jatuh sebab kak long sumayyah jatuhkan... pandai jugak hang pilih masa no...
Apa-apa pun, we'll be waiting for you, my dear baby. Semoga Allah permudahkan kelahiranmu... Amin
salam sayang.. XOXO..
Nak cerita mai... hari ni ada check-up kat Klang. macam biasalah, dah masuk 3rd trimester ni, check-up kena once a week. Semasa dalam perjalanan ke Klang, ada terasa contractions. boleh tahan la jugak, tapi tak berapa nak sakit sangat,
bila check kat jam kereta, contractions lebih kurang 30 minit sekali. Bila dah sampai ke Hospital Bersalin Razif, bagitau kat receptionist tu dah rasa sakit tapi tak tau nak describe sakit yang macam mana. Sebab semua rasa sakit nak bersalin yang anak-anak terdahulu dalam Labour Room. Bila baca cerita orang lain, pecah ketuban kat rumah, terasa teringin plak nak alami keadaan begitu.
Bila nurse tanya, contractions selang berapa minit? aku main agak2 je, tak pernah catat... so, nak senang cakap je setiap 30 minit. Terus nurse kata,"Bibah, jom kita naik atas, buat CTG". CTG ni kiranya mesin yang check degupan jantung baby dan contractions. Baring atas katil wad, buat CTG selama 30 minit.
30 minit berlalu pergi, ada 3 contractions. Setiap 1 contractions jaraknya lebih kurang 10-12 minit. But just mild contractions. Tak kuat pun sakitnya.. pinggang dah start lenguh2 macam period. Doktor datang dan check. Dia kata baru 1 cm. 1cm lagi? seminggu lepas pun 1cm jugak. tak leh jadi ni.
Pi bawah, masuk bilik doktor, buat scan. Kepala baby memang dah kat bawah tapi belum engange betul-betul. A feel of disappointed there. ingatkan bila dah check CTG and ada contractions, boleh la terus kena tahan wad. Aduih, tak jugak. Scan punyer scan, doctor kata baby agak besar. Sekarang ni dah 38w6d, anggaran berat baby ialah 3.45kg. Besar baby ni jika nak dibandingkan dengan kakak2nya yang lain. Air ketuban pun normal lagi. Kalau nak bersalin tu, air ketuban makin sikit.. Nak makin sikit macam mana, water bag pun tak pecah.. hehehee
Pesan doctor, kerapkan berjalan. Hm.. nak berjalan ke mana? window shopping, taman tasik, keliling rumah? padahal dah tak larat jalan dah ni. Kat bahagian ari-ari ni dah terasa lenguh. Maybe baby ni nak bagi masa kepada ibu dan abah untuk selesaikan apa-apa yang patut di rumah.... yelah, rajin basuh baju tapi tak berlipat, kamera yang dipinjam dari nenek dan datuk dah jatuh sebab kak long sumayyah jatuhkan... pandai jugak hang pilih masa no...
Apa-apa pun, we'll be waiting for you, my dear baby. Semoga Allah permudahkan kelahiranmu... Amin
salam sayang.. XOXO..
Labels:
diri sendiri,
kehamilan
Friday, March 26, 2010
Pesta Punyer Pasal...
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kembali lagi... dulu, masa bergelar student, rajin gak pegi.. sanggup pergi dari Bangi ke Kuala Lumpur.. biasalah anak dara, berjalan2 sambil cuci mata...
Sekarang ni, dah jadi ibu kepada bakal 3 anak pi jugak la... anak-anak memang suka buku... xtvt conteng-contengan dan koyak-koyakan menjadi xtvt biasa, especially mags...
After solat Jumaat, off we went to PWTC via Star-LRT... The kids were so thrilled.. seronot naik tren... masuk PWTC, aku dah pening.. mcm mana layout diorang ni... rupanya ada satu lagi ruang pameran di luar PWTC..aduhai, kena berjalan merentasi sungai apa ntah (klang ke gombak, aku pun tak tau)... menyesal pun ada... masuk2, ok lagi.. beli la buku utk sumayyah, 6 buah buku = RM3.00 (1 buku = 50sen).
Then kami berjalan-jalan dan tiba di satu gerai ni terjumpa satu set buku yang agak menarik tapi tak beli pun.. kata dengan saleslady tu "nak pusing2 dulu"... Set buku tu pasal sirah Nabi SAW... best gak...
Kami pun meneruskan perjalanan, tetiba kami disapa oleh seorang minah melayu ni... diorang ni jual buku xtvt dan dvd citer.... diorang ni mmg dah tunggu kat muka pintu.. nampak je mak2 or pak2 yang bawa anak, terus dia grab anak kita dulu... dia bagi kad xtvt kat sumayyah... budak, kalau dah dapat yang boleh berxtvt, memangla dia suka...
tapi ada satu ayat yang aku menyampah dengan minah ni mengenai buku 'I wonder why'. ikuti perbualan kami yang telah dipendekkan..
Salesgirl: akak boleh bacakan buku ni untuk anak akak.. semuanya ada ** buku (tak ingat la)
Aku: OK (buat muka toye)
Salesgirl: akak tau tak buaya makan tak batu?
Aku: tak tau... (padahal tau tapi tak ingat baca kat mana)
Salesgirl: buaya akan makan batu untuk menenggelamkan dirinya.. bila nak muncul semula ke darat, dia akan luahkan balik batu-batu tu (sambil menunjukkan muka surat yang berkenaan)
Aku: Oh, ye ke?
Salesgirl: Akak tau kenapa laut tu masin? (minah ni nak uji aku ke)
Aku: sebab ada mineral yang terkandung dalam laut tu (minah tu tak cakap apa, renyeh)
sesi lain pula dengan salesgirl yang sama... promosi dvd dan buku versi bahasa inggeris
Salesgirl: dvd ni bagus kak, boleh guna sekali dengan buku ni.. anak-anak akak boleh belajar english dari dvd ni...(dia tunjukkan buku tu dan budak2 ni sonotla sebab ada gambar-gambar kartun walt disney)
Aku: oh, diorang ni belajar english dari nenek diorang (terkejut minah ni)
Salesgirl: Ye ke? mak akak ke? (masih lagi tak percaya)
Aku: eh, tak lah.. mak mertua.. (then aku nampak matanya ke arah suamiku yang agak jauh dari kami, muka tak percaya lagi sebab suamiku pakai seluar trek, :P)
Salesgirl: mak mertua akak memang speaking english ke? (tak percaya lagi tu)
Aku: haah, dia memang cakap english dengan budak-budak ni (aku buatla muka konfiden)
... dan ada lagi ayat-ayat cinta perbualan kami.. tapi ini yang paling aku menyampah.. macam la aku ni tak sekolah, tak baca buku... Bukanlah nak memperkecilkan kerjaya jurujual tapi jangan sesekali untuk menguji bakal pelanggan... kalau terserempak dengan bakal pelanggan yang bergelar Prof ke, yang ada Masters or PhD ke, mesti kena hambur depan-depan tu jugak... mana nak tau... maybe dia nampak aku pakai beg sekolah.. cadangnya nak letakkan buku2 yang dibeli dalam beg tu.. tak delah bawa berplastik2 naik tren... mujur jumpa dengan aku, kalau mak mertua ku, habih la budak ni...
*edited (baru teringat).. bak kata Prof Madya Dr Harlina Siraj, dia kata kalau jurujual (jual pakaian) nampak si pelanggan nichubby dan montel, jangan la cakap, "oh, baju PLUS SIZE ada kat sana ye, puan" sebelum pelanggan tu bertanya apa2 lagi kat si jurujual ni... tak ker terasa si pelanggan tu.. so, communication skill is REALLY important...
*edited (baru teringat).. bak kata Prof Madya Dr Harlina Siraj, dia kata kalau jurujual (jual pakaian) nampak si pelanggan ni
dengan baiknya, aku menolak promosi buku2 tu,... bukanlah aku ni sombong tapi masalahnya ada 2:
1. aku bawa RM200 je... nak jimat punyer pasal
2. aku dah beli banyak buku2 dari Reader's Digest sebelum ni.. segala macam mak nenek, dari Atlas hinggalah sejarah dunia...
kami pun berjalan, jumpa lagi salesman dari gerai yang sama, dengan taktik yang sama, menarik anak2ku... sabar je lah.... bermula la acara tarik-menarik tali dengan jurujual tu... :(
Jalan-jalan punyer jalan, ni la hasil pencarian dan pembelian kami...
Dari gerai PTS - Seni & Kraf Bersama Kak Emila (Origami) untuk sumayyah
Dari gerai Utusan Publications - Ensiklopedia Perbidanan Melayu (i kan mak buyung)
*psst,masa ni kami terjumpa Lim Swee Tin, sasterawan bukan Melayu yang lenggok bahasanya kalah org Melayu - time jumpa dengan dia, hati si suami dah sejuk sikit akibat acara tarik tali mentang-mentangla skang ni musim Sukan Sekolah
Dari gerai Galeri Ilmu - Aku Terima Nikahnya, I Love U Too & Bercinta sampai Ke syurga
Kami nak pi gerai majalah Aulad, tapi tak ketemu bukan tak ketemu, tapi malas nak berjalan takut terserempak dengan jurujual yang mcm di atas...
so, nak elakkan sakit hati, kami pi makan dan terus balik... dah namanya Mak Buyung, jalan pun slow la, sakit belakang dan kaki jangan cakap la....
so, nak elakkan sakit hati, kami pi makan dan terus balik... dah namanya Mak Buyung, jalan pun slow la, sakit belakang dan kaki jangan cakap la....
Puas hati jugak la sebab ada diskaun, tapi insiden seperti di atas yang membuatkan den maleh nak pi PBAKL lagi. baik aku pi MPH or Kinokuniya or Perpustakaan Negara Malaysia... boleh lepak2 sambil baca buku dgn relax.... ralatnya, tak banyak gerai yang kami lawati....
so, to my fwens, nak pi PBAKL, pi la sementara masih sempat.. abih 28th March... happy book shopping... :)
salam sayang..
XOXO..
Labels:
buku,
diri sendiri
Thursday, March 25, 2010
Points to Ponder (esp to myself)
Children aren't adults, don't expect them to behave as though they are,
Children learn by doing, don't expect to approve of everything they do
Children are more likely to do as you do than to do as you say
It is often less important for adults to control children behavior
than to control their own
Children react to anger, they respond to love and affection
The pain you inflict on them will probably be inflicted on others..
salam sayang..
XOXO..
Labels:
anak-anak,
diri sendiri
Sunday, March 21, 2010
Cuti Sekolah Dah Abih?
Macam aku ni student balik je? macamlah aku ni cikgu? tapi Sumayyah masuk balik tadika.... takkan nak ajar dia ponteng kot...
Cuti sekolah dulu kami balik perak jap... then esoknya balik kedah... kampungku... oh, lamanya kaki ini tidak jejak ke sana...
Memandu kereta lama arwah ayah, Mercedes 200... banyakla mata-mata yang memandang orang mudamuda lagi ke aku ni bawa kereta veteran, apalagi meredah lebuhraya dari Jelapang ke Kedah...
kami pi perlis dulu sebab menghantar Cik Tipahadik ke2 balik sebab dia keje esoknya... bermalam di perlis 1 malam, esoknya kami pulang ke kedah...
aktiviti kami pada petang itu adalah menemankan mak chah amik buah asam jawa di belakang rumah tok.
Kami puas bermain di belakang tu.. luas... anak2 seronok bermain dengan anak lembu... esoknya kami buat BBQ, tapi sorry gambar tak de la..
Seronok balik kampung bila kita jarang balik.. dapat jumpa Tok yang semakin cerahdok dalam rumah je, gossip2 terkini ala-ala melodi dan mak dapat berjalan keliling kampung berjumpa sanak sedara.. Aku nampak di mata mak yang mak happy walaupun happy itu seketika... at least, berjumpa dengan kakaknya dan ibunya membuatkan dia terasa tenang di kala ayah meninggalkan kami....
Till we meet again...
salam sayang.. XOXO..
Cuti sekolah dulu kami balik perak jap... then esoknya balik kedah... kampungku... oh, lamanya kaki ini tidak jejak ke sana...
Memandu kereta lama arwah ayah, Mercedes 200... banyakla mata-mata yang memandang orang muda
kami pi perlis dulu sebab menghantar Cik Tipah
aktiviti kami pada petang itu adalah menemankan mak chah amik buah asam jawa di belakang rumah tok.
Anak lembu yang sangat mesra...
Sumayyah dan Munirah berposing dengan mak n anak lembu
Adik bongsu, Usop dan suami cousin, Hafiz bersama2 bersantai dengan kami
Keadaan belakang rumah tok yang dipenuh dengan pokok kelapa... belakang lagi sawah padi
Mak Chah dengan karung guni yang penuh dengan asam jawa
Kami puas bermain di belakang tu.. luas... anak2 seronok bermain dengan anak lembu... esoknya kami buat BBQ, tapi sorry gambar tak de la..
Seronok balik kampung bila kita jarang balik.. dapat jumpa Tok yang semakin cerah
Till we meet again...
salam sayang.. XOXO..
Labels:
diri sendiri,
vacation
Thursday, March 11, 2010
Maafkan Ibu...
Hari ini, entah apa silap mereka, aku mengamuk...
lepas tu, ak menangis semahu-mahunya kerana memarahi mereka kerana kejahilanku yang tak tahan menahan amarah...
Sumayyah, Munirah, Ibu sayang kalian...
salam sayang.. XOXO..
lepas tu, ak menangis semahu-mahunya kerana memarahi mereka kerana kejahilanku yang tak tahan menahan amarah...
Sumayyah, Munirah, Ibu sayang kalian...
salam sayang.. XOXO..
Labels:
anak-anak,
diri sendiri,
Munirah,
Sumayyah
Friday, February 26, 2010
Blog Syok Sendiri akhirnya SIAP!!!
salam... akhirnya inilah hasil blog syok sirik ku ni... hehehehhe... kenapa syok sendiri? mmg aku syok sendiri.... nak buat mcm mana :P mcm mana plak boleh terfikir nak buat blog ni? sejak 2 menjak ni, aku ni jadi full-time Housewife or Stay-at-Home Mom (SAHM).. so, bile ada masa ke, tak de mase pun aku online gak... tambah plak aku skang ni jadi mak buyung, so nak tambahkan lagi knowledge pasal pregnancy, labour, breastfeeding and babywearing.. skang ni plak aku nak try berCD (cloth diaper) plak... so, aku jadi forumer tetap di SusuIbu.com... so, banyak bende yang aku belajar and all the virtual friends are very helpful... they said, "Sharing is Caring" and yet it's true.. jadi bila berforum2 ni, adakalanya buka jugaklah blog2 derang.. best gak.. banyak info.... ada jugak yang jadi online businesswomen... tambah plak, mak sedara suami adalah Certified Lactation Counsellor (CLC), Dr Ning Desiyanti... pas tu, teringin plak nak buat blog sirik, tapi mcm mana ek? so, ada satu hari tu (hari ni la) aku buka la blog Ammi Sara... ternampak la plak ada satu tag ni --> Almost Ready Blog.. apa kata aku cuba buat blog sendiri guna website ni.. bila buka, the layouts are sooooo cute... akhirnya aku pilih yang ini la... comey kan.. *syok sendiri lagi... so, aku pun gunakan la sumber2 yang aku ada utk post n3 yang 1st ni... so, ni la hasilnya.. tak seberapa pun tapi ok la kan *syok sendiri lagi... tak lama pun nak buat blog ni... alhamdulillah.. but there'll maybe editing work, here and there to upgrade my blog... insya-Allah.. yang baik kita share2 bersama.. kalau tak, hanya ceritera kami sekeluarga je la... until now, nak bersiap balik perak.. en suami dah terlantar di atas katil, maybe nak kumpulkan tenaga nak drive balik kot... p/s: forum SusuIbu.com bukan la forum utk membeli belah... just forum untuk permasalahan penyusuan susu ibu sahaja... jangan salah tafsir ye... salam sayang.. XOXO
Labels:
diri sendiri
Subscribe to:
Posts (Atom)