Hari Rabu lepas (3/3) aku ada temujanji (date) dengan klinik ibu mengandung. Sekarang ni kandungan ku sudah pun mencecah 32 minggu = 8 bulan. Berat badan turun 200g dan Hb pun turun gak --> 10.3mg%. huhuhuuuhu... Sementara menunggu nombor ku dipanggil, aku pun berjalan-jalan di dalam klinik (duduk je, boring) baik baca apa-apa yang patut, lebih-lebih lagi mengenai penyusuan susu ibu (PSI). Di bahagian belakang klinik, ada 1 ruang untuk ceramah mengenai PSI dan anemia.
Aku mengambil brosur-brosur yang ada kaitan dengan diriku, macam PSI, anemia dan piramid makanan. Sekarang, nak kongsi dengan korang pasal JAUNDIS dan apa yang JAUNDIS ni boleh mengganggu anak anda.
JAUNDIS BERBAHAYA KEPADA BAYI
BHGN 1: Pengenalan
Jaundis adalah masalah biasa yang dialami hampir 70% bayi yang baru lahir. Hanya sebilangan kecil yang mencapai tahap jaundis berbahaya. Meskipun begitu, ia tidak dipandang mudah oleh ibu bapa kerana jaundis berlarutan tanpa dirawat akan memudaratkan bayi.
Jaundis adalah keadaan di mana kulit dan mata bayi berwarna kekuningan. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh BILIRUBIN yang berlebihan di dalam darah bayi. Bilirubin adalah sejenis bahan kimia semulajadi yang ditapis oleh hepar (hati) dan dibuang melalui air kencing dan najis. Jaundis disebabkan oleh perpecahan sel-sel darah merah yang mengeluarkan zat besi dan bilirubin.
Kebanyakan bayi akan mendapat jaundis akan mengalaminya pada hari kedua kelahiran dan kebiasaannya jaundis ini akan hilang selepas bayi berumur tujuh hingga sepuluh hari. Ini dinamakan jaundis fisiologikal. Ibu bapa tidak perlu risau kerana jaundis fisiologikal tidak meninggalkan kesan kepada bayi.
BHGN 2: Penyebab-penyebab Jaundis
Kekurangan enzim G6PD
Kekurangan enzim ini menyebabkan dinding sel darah merah pecah. Ini menyebabkan bayi baru lahir pucat dan berwarna kekuningan.
Hepatitis
Hepatitis atau radang hati boleh disebabkan oleh jangkitan Virus Cytomegalovirus (CMV) dan jangkitan Hepatitis B daripada ibu. Jaundis ini berpanjangan melebihi satu bulan.
Kumpulan Darah Tidak Seimbang
Janudis boleh berlaku sekiranya ibu dan anak tidak mempunyai kumpulan darah yang seimbang. Kumpulan darah yang dipanggil Rhesus atau Rh faktor boleh menyebabkan jaundis jika Rh ibu negatif.
BHGN 3: Tanda-tanda Jaundis Berbahaya
- Jika jaundis terjadi dalam masa 24 jam pertama dilahirkan
- Bayi enggan menyusu, kurang selesa atau tidak bermaya
- Warna kuning berpanjangan lebih dari 2 minggu. Ianya mungkin disebabkan saluran hempedu tersekat (Biliary Atresia)
- Jika kuning merebak ke tapak kaki
- Jika darah ibu Rh negatif. Jika darah anak Rh positif dan Rh ibu negatif, antibodi dari ibu boleh menyebabkan peningkatan sel darah merah pecah dan menyebabkan peningkatan tahap bilirubin dan bayi menjadi kuning
- Air kencing bayi berwarna kuning pekat seperti warna air teh 'O'
- Bayi demam dan mengalami sawan
- Najis bayi berwarna putih bukannya kuning seperti bayi lain. Ini menunjukkan saluran hempedu bayi tersekat.
BHGN 4: Kesan Jaundis
Jaundis dengan jumlah bilirubin melebihi 340mmo/l mempunyai risiko mengakibatkan kerosakan otak. Kesan dari kerosakan otak (Kernicterus) ini ialah:
- Kurang pendengaran atau pekak
- Terencat akal
- Cerebral palsy
BHGN 5: Rawatan
Ibu bapa tidak perlu risau atau berbuat apa-apa sekiranya bayi mereka mendapat jaundis dengan bilirubin < 170mmo/l pada minggu pertama.
Jika bilirubin meningkat melebihi 200mmo/l, bayi harus diletakkan di bawah terapi lampu yang dipanggil fototerapi. Kesan fototerapi ini mengurangkan paras bilirubin melalui proses fotoisomerisasi dan dikeluarkan melalui najis dan air kencing. Kesemua bayi yang menjalani rawatan fototerapi akan ditutup matanya untuk mengelakkan kerosakan kepada retina mata bayi.
Sekiranya paras bilirubin terlalu tinggi dan ia tidak berhasil melalui proses fototerapi, bayi mungkin memerlukan rawatan pertukaran darah. Dalam prosedur ini, sejenis tiub yang halus dimasukkan melalui tali pusat bayi dan darah yang mengandungi bilirubin yang tinggi akan ditukar dengan penderma dewasa sihat. Prosedur ini mengambil masa antara 1 - 2 jam.
BHGN 5: Nasihat
- Ibu bapa mesti cepat bertindak jika bayi menunjukkan tanda-tanda jaundis berbahaya seperti yang disenaraikan
- Rawatan awal boleh menyelamatkan anak daripada mendapat kesan jangka panjang dan cacat otak.
- Ibubapa tidak digalakkan menjemur bayi di bawah sinaran matahari kerana pancaran matahari tidak boleh mengurangkan kuning pada bayi sebaliknya boleh menyebabkan bayi menjadi kering. Keadaan ini menjadi lebih teruk sekiranya jaundis yang dialami meningkat ke tahap yang lebih bahaya.
- Ibu bapa harusmenjaga bayi di rumah dengan baik sekiranya jaundis hanya kelihatan pada muka dan bahu sahaja
- Menggalakkan bayi minum SUSU IBU dengan banyak
- Partikan bayi tidak kekeringan kerana ini boleh meningkatkan bilirubin dalam darah bayi
- Jumpa doktor setiap hari sehingga kuning pada bayi hilang
p/s: sekiranya anak anda jaundis, jangan la bagi susu kambing... bagila SUSU IBU sebanyak-banyaknya untuk flush out all the bilirubin in the baby's blood stream. Kalau jaundis yang teruk, doktor akan letakkan di bawah fototerapi...
salam sayang..
XOXO..
XOXO..