Muhd Abd Rahman & Habibah Mohamed

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Friday, July 9, 2010

Doa Ibu Bapa Untuk Anak-anak

Salam,

Pendidikan anak-anak adalah pendidikan yang berterusan, tiada istilah berhenti pada usia yang tertentu. Mereka perlukan belaian, sentuhan, pujian dan dorongan sepanjang hayat mereka. Saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk meransang keyakinan anak anda dan mendorong anak berakhlak mulia.

Ransang Keyakinan Anak

Sesungguhnya kuasa sentuhan pada pagi hari dari ayah dan ibu terhadap anak yang akan melangkah ke sekolah dapat menambahkan keyakinan diri menghadapi suasana pembelajaran di sekolah.

Digalakkan setiap pagi sebelum anak ke sekolah, ibu atau ayah boleh melakukan teknik urutan ransangan ini bagi memantapkan keyakinan diri anak ketika berada di sekolah.

Caranya:

  1. Tarik nafas dalam-dalam. Gosok kedua belah tangan sebanyak 15 kali atau lebih.
  2. Semasa menggosok tangan, baca surah al-Fatihah atau apa sahaja doa kebaikan untuk anak. Buka tangan dan tiup tapak tangan sambil berselawat.
  3. Letakkan tapak tangan kanan di bahagian atas kepala kanan anak (kawasan otak kanan) dan tangan kiri atas kepala kiri anak (kawasan otak kiri).

Ketika kita meletakkan tangan ke atas kepala anak, berdoalah supaya anak dikuatkan keyakinan tauhidnya kepada Allah SWT dan bacalah doa-doa yang lain yang anda tahu. Letak tangan selama 30 saat atau lebih.

Tips:
  • Kaedah ini boleh juga dilakukan pada bila-bila masa samada ketika anak sedang menonton televisyen, semasa hendak memulakan pelajaran di rumah atau ketika menyertai apa-apa pertandingan.
  • Para guru juga boleh melakukan kaedah ini kepada anak-anak muridnya dan niatkan semasa meletakkan tangan di atas kepala mereka, mudah-mudahan mereka menjadi anak murid yang baik dan pintar. (Guru lelaki untuk pelajar lelaki dan guru perempuan untuk pelajar perempuan, jangan terbalik pulak ye!)
Dorong Anak Berakhlak Mulia

  1. Sediakan sebekas air
  2. Bacakan pada air surah ar-Rahman (juz 27) ayat 1 hingga 5. Firman Allah SWT: "Tuhan Yang Maha Pemurah, Dialah yang mengajarkan manusia Al-Quran, Dialah yang telah menciptakan manusia, Dia yang telah membolehkan manusia pandai berbicara, Matahari dan bulan beredar menurut peraturan dan perhitungan yang ditentukan."
  3. Baca nama Allah ke-40: Al-Muqit berulang-kali (sekurang-kurangnya lima kali) pada air tersebut.
Selepas itu beri anak minum air tersebut. Air ini boleh dicampur dalam air beras ketika menanak nasi. Niatkan supaya anak berakhlak mulia sepertinya lembutnya beras setelah menjadi nasi

Tips: Jika anak ramai, boleh sediakan satu jag air untuk didoakan. Sebaik-baiknya doa dibuat oleh ibu dan ayah kerana kedua-duanya sangat hamopir dengan anak-anak. Doa dari kedua orang yang dikasihi Allah ini adalah makbul, insya-Allah.

Rujukan: Majalah Anis keluaran bulan Julai 2010 m/s 54-55

Sama-samalah kita mengamalkan dan istiqamah dalam mendidik anak-anak. Doa mereka yang kita harapkan apabila kita kembali menghadapNya. Renung-renungkan dan selamat beramal.


salam sayang.. XOXO..

Sunday, July 4, 2010

Suplemen

 Salam,

Adakah kita perlukan suplemen? Kenapa? Penat? Makan tak menentu? Puasa? Macam-macam sebab dan ada di antara kita memang perlukan suplemen, termasuk diriku. Kadang kala kita terlupa, jiwa kita pun perlukan suplemen. Apa dia? Ingin sekali berkongsi dengan teman-teman yang mana aku 'cedok' dari blog teman susuibu.com yang rapat, Along aka Azrina aka MamaAnA.
  • Jaga solat
  • Jika ada kelapangan lakukan solat-solat sunat seperti solat Dhuha, solat taubat, solat hajat, solat tahajud
  • Amalkan zikir Ya Matin(Kukuh)- perbanyakkan susu, zikir sebanyak-banyaknya dengan hati yang ikhlas, Insyaallah kesulitan kita akan lenyap
  • Zikir Ya Wahhab(Maha Pemberi) - 300x setiap hari setelah selesai solat 5 waktu, akan termakbul permohonannya
  • Zikir Ya Lathiff - 133x setiap hari, hikmahnya akan memperolehi taufiq dan hidayah dari ALLAH swt. Insyaallah akan berhasil dalam setiap usaha dan dilimpahi rezekinya
  • Perbanyakkan istighfar dan selawat setiap hari (100x)
  • Setiap malam baca Al Waqiah kerana ini adalah surah kekayaan dan dipermudahkan di dalam setiap apa yang kita lakukan. Sebelum baca baca dalam hati dengan niat untuk sedekahkan kepada suami, anak-anak, ibubapa kita, kaum Muslimin dan Musliman juga Insyaallah akan dilembutkan hati-hati mereka, dimurahkan rezeki juga
  • Jangan lupa sebelum memulakan sesuatu bacalah Bismillah
 Tak ketinggalan, nak share gambar-gambar Hamzah ketika Hamzah masuk wad seminggu lepas sebab demam. Demam tu plak sebab ada kuman dalam kencing @ kencing kotor.

Tangan sekecil ini dicucuk dengan jarum, apatah lagi bayi yang berusia 2-3 hari disyaki jaundis. Kecil-kecil lagi kena amik darah. Misi-misi ni plak, cekap betul... tangan kecil tu boleh cari urat nak cucuk amik darah...

Alhamdulillah, Hamzah dah sihat dan menyusu dengan baik, tetapi sekarang ni sebelum menyusu dia akan melalak terlebih dahulu, marah dengan bahasa dia then baru menyusu.. dah pandai bermain dengan emosi ye.

Apa-apa pun, Hamzah memang seorang Mujahid.
salam sayang.. XOXO..