Muhd Abd Rahman & Habibah Mohamed

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label cleft. Show all posts
Showing posts with label cleft. Show all posts

Friday, April 8, 2011

What if my baby has a cleft lip AND palate? Is breastfeeding a lost cause?

Kadang-kala apa yang kita dapat tak seindah yang apa yang kita impikan. Yang penting, bersyukur atas pemberian Allah.   Saya nak share dengan kawan-kawan semua mengenai penyusuan dan bayi klef bibir dan lelangit. Bolehke menyusu? 

Anda BOLEH menyusukan anak anda, jika anda ikut langkah di bawah...

1. Stimulate your milk supply by hand expression or by pump.
2. Hold your baby in a sitting-up position facing you, with the baby straddling your leg and the head tilted very slightly backward - maknanya dudukkan bayi menghadap anda dan kaki anda di celah kangkang bayi. kepalanya sedikit ke belakang.
3. Gently push the breast into the baby's mouth as far as you can. The breast will help seal the cleft.
4. Massage the breast before feeding to assist the let-down.
5. Stimulate suckling motions by placing fingers under the baby's jaw (ibu jari dan jari tengah di bawah jaw baby dan 3 jari yang lain menyokong payudara ibu) and firmly pushing up and down. Babies are smart and they 'get it' very quickly. It won't take long at all for him to begin those suckling movements on his own and eventually they become much stronger

~Sharing is Caring~
salam sayang.. XOXO..

lamanya tak bersiaran...

salam semua,

It's been a while since I didn;t update my blog. I can update because I'm in my mum's house in Perak. Last Wednesday, Hamzah had his appointment with his Plastic Surgeon at Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. We met the doctor and as usual, the surgeon will take picture of us. Feel like a celebrity!!! :)

Pergh, cakap omputeh plak. Kat bibir atas pada kesan pembedahan, ada mcm kesan bengkak sikit. Doktor kata tak pe, biar berlebih daging, jangan berkurang. Kalau berlebih, boleh repair lagi. Ibu pun lega la juga sebab sebelum tu hamzah pernah jatuh dan berdarah dekat dgn tpt pembedahan. Dah doktor kata okey, okeylah kan. Jadi, temujanji yang seterusnya pada 12 bulan kemudian, 4hb April 2012... wah, masa tu hamzah dah nak masuk 2 tahun la...

Itu sahaja perkembangan Hamzah. Oh ya, lupa. Dia skang ni dah ada kaki.. puas berjalan keliling rumah, sampai berpeluh. Bila dah penat, baru datang kat ibu nak menyusu.

salam sayang.. XOXO..

Friday, September 3, 2010

Pembedahan Hamzah

Salam Ramadhan,

Lama sangat tak hapdate blog ni... Selain tak de idea, sibuk dengan si Hamzah bolat. Sibuk dengan persediaan pembedahan Hamzah. Kenapa Hamzah kena bedah? Sakit apa dia?

Kat SINI dulu, ada citer pasal kelahiran Hamzah. Hamzah dilahirkan dengan mempunyai sumbing bibir yang tak lengkap (incomplete cleft lip). Apabila melihat Hamzah buat kali pertama, perasaan bercampur baur. Apa yang aku dah buat? Apa yang aku makan sampai baby jadi macam ni? Sedih, sayu, hiba.. Bila tengok anak-anak yang laib, tak de pun macam ni... Tetapi jiwa ini ditenteramkan dengan SMS sepupu suami. Alhamdulillah, Hamzah sihat dan tiada penyakit yang kronik, tangan lengkap, kaki lengkap. Setakat ni Hamzah boleh menyusu badan dengan baik, tanpa masalah. Ketembamannya betul ke ni pengubat jiwa. Dia semakin sihat, chubby, tembun, bolat, montel.. berkat susu ibu. Alahmdulillah...

Gambar Hamzah sebelum lip repair

Gambar di atas di ambil 2 bulan lepas, wajah asal sebelum dibedah. Pada 26 Julai 2010, Hamzah berjumpa dengan doktor di Klinik Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada usianya berusia 3 bulan. Rezeki Hamzah dapat berjumpa dengan Pakar Runding, Dr Lim. Kat Hosp gomen kan payah nak jumpa dengan pakar, tetapi rezeki Hamzah.. Pada hari yang sama, kami dapat tau tarikh pembedahan Hamzah, iaitu sebulan lagi pada usianya 4 bulan - 25/8 masuk wad, 26/8 pembedahan. Happy la kan, kita sebagai ibu.

Seminggu sebelum pembedahan Hamzah, dapat panggilan telefon dari Klinik Plastik. Heran gak, apasal klinik tipon acik ni... Nurse bagitau tarik pembedahan Hamzah diawalkan 2 hari. Dia kena masuk check-in wad pada 23/8 dan pembedahan dijadualkan pada keesokan harinya (24/8).

Hari yang ditunggu sudah pun tiba. Risau dan berdebar-debar pun ye gak. Here are the pictures that tell everything...

Sempat lagi berposing di rumah sebelum pi hospital
Klinik Pakar Plastik
Antara pembedahan yang dilakukan oleh Klinik Plastik
Hamzah dah masuk check-in wad 5D
Pemandangan dari bilik Hamzah yang berair-cond - Menara Jam di SMK Anderson Ipoh


Roomate Hamzah, Iqbaal - Patient Cleft Lip & Palate
Skill terbaru Hamzah: main-main kaki
Orang splint kat tangan, dia splint kat kaki, tak jumpa urat nyer pasal
Bersiap-siap nak masuk OT - comel tak cap dia?
Posing sementara menunggu lif - Ibu yang bermata stim, Hamzah rilek je
Add caption
Sesudah operation - tak sedar lagi
Tangan kena splint sebab tak nak dia kacau muka
Sehari selepas op, dah buka plaster
Muka balik ke rumah - Blurrrrrr
Hamzah berwajah baru sempena Syawal 1431H
Botol susu Softplas - botol ini yang digunakan Hamzah untuk menyusu
Phew!!! Banyaknya gambar... Excited terlebih.. Botol susu Softplas ini dapat dari CLAPAM, jadi member then diorang bagi botol susu ni, puting getah ortodontik dan artikel/brosur mengenai sumbing ni. So saya akan perah fresh susu dan bagi susu melalui botol susu Softplas ni.

So, skang ni tunggu next appointment pada 4 Oct nanti. Thanks for viewing and reading..

salam sayang.. XOXO..