Muhd Abd Rahman & Habibah Mohamed

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, July 16, 2010

Diet dan Nutrisi

Salam,

Entry kali ni bukan nak ajar macam mana nak diet. Saya sendiri fail bab-bab diet ni. Status saya di Facebook mengundang kegelisahan di kalangan kawan-kawan mengenai bagaimana nak meningkatkan susu semasa mengandung dan menyusukan anak. Sila baca INI.

Entry ini akan berkongsi apakah sumber mineral atau vitamin yang ada dalam makanan/sayuran/buah-buahan tempatan.


Piramid Makanan yang Femes oleh KKM

Saya tak nak citer pasal piramid makanan ni sebab banyak sangat digembar-gemburkan oleh media tapi kurang detail tentang berapa portion bagi kumpulan karbohidrat yang perlu diambil dalam sehari.

Ada yang suarakan kebimbangan, kalau tak minum susu, macam mana nak dapatkan protin dan kalsium utk kandungan atau baby? Jangan risau, bukan susu sahaja yang mampu membekalkan protin dan kalsium. Banyak lagi sumber makanan yang lain yang mampu membekalkan protin dan kalsium, sepertimana susu itu sendiri.

PROTIN

  1. daging lembu, ayam, kambing
  2. Ikan dan kekerang
  3. Produk tenusu - cottage cheese, keju, yogurt dan susu
  4. Telur, putih telur dan bahan gantian telur
  5. Kekacang, kacang pis, oat, bijian
  6. Tauhu dan produk soya

KALSIUM
  1. Yogurt, plain atau vanilla
  2. Yogurt, berperisa
  3. Susu
  4. Susu coklat
  5. Swiss cheese
  6. Tauhu, diproses dengan kalsium sulfat
  7. Jus oren yang diperkaya dengan kalsium
  8. Hard cheese ie cheddar
  9. Salmon
  10. Puding
  11. Sardin
  12. Keju Parmesan
  13. Ais krim (yum yum)
  14. Buah tin kering (figs)
  15. Badam (Almond)
  16. Cottage cheese
  17. Tempe
  18. Kacang soya bakar
  19. Coklat susu 
  20. Oren
  21. kacang bendi
  22. Brokoli
  23. kailan
  24. sawi

Ini yang Basic bagi ibu mengandung dan ibu menyusukan anak. Mineral yang lain tu, kena gali lain. Sekarang ni kita nak tengok apa yang terdapat dalam buah-buahan tempatan. Confirm anda pasti terkejut.


BUAH-BUAHAN TEMPATAN
  • kelapa - Vitamin C, Kalsium, zat besi, protin, Kalium
  • Durian - Kalsium (!), zat besi, vitamin A, vitamin C, folat, magnesium, fosforus, natrium, kalium (sekarang ni musim durian, apa lagi, REMBAT!!!)
  • Nangka - Vitamin A, Vitamin C, Kalsium, zat besi, folat, protin, magnesium, fosforus, kalium, selenium
  • Limau bali/gedang - Vitamin C, kalium, zat besi, kalsium, protin, magnesium, kalium, serat
  • Rambutan - kalsium, magnesium, kalium, fosforus, vitamin C, vitamin A, sukrosa, natrium
  • Pisang - Kalium, Vitamin C, Vitamin A, zat besi, protin, lysin, niasin, folat, vitamin K, kalsium, fosforus, natrium, selenium, magnesium
  • Ciku - kalsium, karbohidrat, fosforus, natrium, kalium, niasin (vit B3), vitamin C, karoten, zat besi
  • Manggis - zat besi, kalsium, vitamin C, vitamin A, folat, magnesium, fosforus, natrium, kalium
Kepada teman-teman yang membaca, bukanlah susu menjadi KESALAHAN tetapi cara syarikat pengeluar susu ini mempromosikan iklan bagi susu khas utk ibu mengandung dan ibu menyusu amatlah terlampau sehingga ada yang berfikir,"kalau tak minum susu, nanti bila baby dah keluar, tak cukup susu".

Berbalik kepada konsep 'SUPPLY AND DEMAND' dan untuk memastikan pengeluaran susu yang berterusan hendaklah:
  • sentiasa kosongkan payudara dengan cara menyusukan bayi atau memerah ikut jadual apabila berjauhan dgn bayi (kerja), jangan skip jadual atau tunggu payudara anda penuh atau berat
  • sentiasa berfikiran positif yang susu akan sentiasa ada - sikit atau banyak itu rezeki dari Allah
  • sentiasa berdoa kepada Allah supaya Allah sentiasa memberikan kita rezeki untuk menyusukan bayi kita
Sekali lagi, bukanlah saya memerangi susu. Saya sendiri minum susu tapi susu kambing, mbek!!! Tetapi janganlah kita terlalu rigid sehingga kita lupa bahawa di sekeliling kita ini terlalu banyak rezeki yang Allah kurniakan. Kadang-kala kita tak terfikir tentang ibu-ibu yang berada di negara-negara dunia ke-3 yang mana sumber makanan yang terlalu terhad, tetapi mereka mampu menyusukan bayi mereka. Kita yang terlebih rezeki ni, mestilah lagi  BOLEH menyusukan bayi kita sendiri.

Penyusuan adalah FITRAH dan kita perlu kembali ke FITRAH...

salam sayang.. XOXO..

2 comments:

  1. betul tu bib, cuba kita tengok saudara2 kita di afrika sana or negara2 mundur, depa nk makan pun tak cukup, secara logicnya mcm x cukup nk bf baby kan, tp alhamdulillah dgn sistem supply and demand susu dapat dihasilkan secukupnya..
    kak sara suka minum horlicks for d nutritions :)

    ReplyDelete
  2. Tak salah along lysin tu (yg kat pisang) yang tidak menaikkan selera makan. Sesetengah multivitamin ada lysin, di mana naikkan selera tu sebab ada ibu yang takut sgt amik multivitamin, dan doktor pon BUKAN SEMUA TAHU (cam le aku tahu hahaha) pasal suplemen. Macam menyusu jugak, jgn ingat sebab dia doktor dia tahu bab menyusu sedangkan dia pon tak tahu apa2. Cam kita ni mewah makan, mewah duit, mewah penyakit apa salah invest beli suplemen untuk kesihatan diri, kalau boleh berCD, berRS ratus2 tak salah kan mkn suplemen yang ratus2 hehe.

    ReplyDelete