Adakah kita perlukan suplemen? Kenapa? Penat? Makan tak menentu? Puasa? Macam-macam sebab dan ada di antara kita memang perlukan suplemen, termasuk diriku. Kadang kala kita terlupa, jiwa kita pun perlukan suplemen. Apa dia? Ingin sekali berkongsi dengan teman-teman yang mana aku 'cedok' dari blog teman susuibu.com yang rapat, Along aka Azrina aka MamaAnA.
- Jaga solat
- Jika ada kelapangan lakukan solat-solat sunat seperti solat Dhuha, solat taubat, solat hajat, solat tahajud
- Amalkan zikir Ya Matin(Kukuh)- perbanyakkan susu, zikir sebanyak-banyaknya dengan hati yang ikhlas, Insyaallah kesulitan kita akan lenyap
- Zikir Ya Wahhab(Maha Pemberi) - 300x setiap hari setelah selesai solat 5 waktu, akan termakbul permohonannya
- Zikir Ya Lathiff - 133x setiap hari, hikmahnya akan memperolehi taufiq dan hidayah dari ALLAH swt. Insyaallah akan berhasil dalam setiap usaha dan dilimpahi rezekinya
- Perbanyakkan istighfar dan selawat setiap hari (100x)
- Setiap malam baca Al Waqiah kerana ini adalah surah kekayaan dan dipermudahkan di dalam setiap apa yang kita lakukan. Sebelum baca baca dalam hati dengan niat untuk sedekahkan kepada suami, anak-anak, ibubapa kita, kaum Muslimin dan Musliman juga Insyaallah akan dilembutkan hati-hati mereka, dimurahkan rezeki juga
- Jangan lupa sebelum memulakan sesuatu bacalah Bismillah
Tangan sekecil ini dicucuk dengan jarum, apatah lagi bayi yang berusia 2-3 hari disyaki jaundis. Kecil-kecil lagi kena amik darah. Misi-misi ni plak, cekap betul... tangan kecil tu boleh cari urat nak cucuk amik darah...
Alhamdulillah, Hamzah dah sihat dan menyusu dengan baik, tetapi sekarang ni sebelum menyusu dia akan melalak terlebih dahulu, marah dengan bahasa dia then baru menyusu.. dah pandai bermain dengan emosi ye.
Apa-apa pun, Hamzah memang seorang Mujahid.
salam sayang.. XOXO..
salam.. ai kak bibah ku... entry yang best.. nnt nk ceduk juga.. sri inform along..
ReplyDeletesri: cedok la.. kita share benda yang baik...
ReplyDelete