Muhd Abd Rahman & Habibah Mohamed

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, July 9, 2010

Doa Ibu Bapa Untuk Anak-anak

Salam,

Pendidikan anak-anak adalah pendidikan yang berterusan, tiada istilah berhenti pada usia yang tertentu. Mereka perlukan belaian, sentuhan, pujian dan dorongan sepanjang hayat mereka. Saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk meransang keyakinan anak anda dan mendorong anak berakhlak mulia.

Ransang Keyakinan Anak

Sesungguhnya kuasa sentuhan pada pagi hari dari ayah dan ibu terhadap anak yang akan melangkah ke sekolah dapat menambahkan keyakinan diri menghadapi suasana pembelajaran di sekolah.

Digalakkan setiap pagi sebelum anak ke sekolah, ibu atau ayah boleh melakukan teknik urutan ransangan ini bagi memantapkan keyakinan diri anak ketika berada di sekolah.

Caranya:

  1. Tarik nafas dalam-dalam. Gosok kedua belah tangan sebanyak 15 kali atau lebih.
  2. Semasa menggosok tangan, baca surah al-Fatihah atau apa sahaja doa kebaikan untuk anak. Buka tangan dan tiup tapak tangan sambil berselawat.
  3. Letakkan tapak tangan kanan di bahagian atas kepala kanan anak (kawasan otak kanan) dan tangan kiri atas kepala kiri anak (kawasan otak kiri).

Ketika kita meletakkan tangan ke atas kepala anak, berdoalah supaya anak dikuatkan keyakinan tauhidnya kepada Allah SWT dan bacalah doa-doa yang lain yang anda tahu. Letak tangan selama 30 saat atau lebih.

Tips:
  • Kaedah ini boleh juga dilakukan pada bila-bila masa samada ketika anak sedang menonton televisyen, semasa hendak memulakan pelajaran di rumah atau ketika menyertai apa-apa pertandingan.
  • Para guru juga boleh melakukan kaedah ini kepada anak-anak muridnya dan niatkan semasa meletakkan tangan di atas kepala mereka, mudah-mudahan mereka menjadi anak murid yang baik dan pintar. (Guru lelaki untuk pelajar lelaki dan guru perempuan untuk pelajar perempuan, jangan terbalik pulak ye!)
Dorong Anak Berakhlak Mulia

  1. Sediakan sebekas air
  2. Bacakan pada air surah ar-Rahman (juz 27) ayat 1 hingga 5. Firman Allah SWT: "Tuhan Yang Maha Pemurah, Dialah yang mengajarkan manusia Al-Quran, Dialah yang telah menciptakan manusia, Dia yang telah membolehkan manusia pandai berbicara, Matahari dan bulan beredar menurut peraturan dan perhitungan yang ditentukan."
  3. Baca nama Allah ke-40: Al-Muqit berulang-kali (sekurang-kurangnya lima kali) pada air tersebut.
Selepas itu beri anak minum air tersebut. Air ini boleh dicampur dalam air beras ketika menanak nasi. Niatkan supaya anak berakhlak mulia sepertinya lembutnya beras setelah menjadi nasi

Tips: Jika anak ramai, boleh sediakan satu jag air untuk didoakan. Sebaik-baiknya doa dibuat oleh ibu dan ayah kerana kedua-duanya sangat hamopir dengan anak-anak. Doa dari kedua orang yang dikasihi Allah ini adalah makbul, insya-Allah.

Rujukan: Majalah Anis keluaran bulan Julai 2010 m/s 54-55

Sama-samalah kita mengamalkan dan istiqamah dalam mendidik anak-anak. Doa mereka yang kita harapkan apabila kita kembali menghadapNya. Renung-renungkan dan selamat beramal.


salam sayang.. XOXO..

3 comments: