Muhd Abd Rahman & Habibah Mohamed

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 30, 2010

Lembu oh Lembu!!!


Salam buat teman-teman..
Hari ni nak khabarkan tentang kisah LEMBU. Kenapa topik LEMBU ni yang jadi pilihan hati? sebab orang suka lembu.. eh ye ke? Mari kita tengok...

Lembu adalah binatang ternakan yang banyak gunanya... banyak ke?antaranya daging, kulit dan SUSU...

Semua orang suka minum susu kecuali mereka yang ada lactose intolerance... minum susu je, trus yak... Mari kita tinjau kat mana kita boleh jumpa lembu-lembu ni? di padang ragut? oh bukan.. di sini
|
|
|
V
 Di kandang lembu yang mana kebersihannya entah terjamin atau pun tidak...

 Inilah caranya mereka tokey lembu ni memerah susu... Bersih ke tak kita pun tak tau....

Disebabkan demand susu lembu atau susu formula yang tinggi, maka apabila anak lembu dilahirkan, maka mak lembu dipisahkan dari anaknya hanya kerana pada waktu ini lembu menghasilkan susu yang optimum, yang penting susu awal lembu or kolostrum lembu... akhirnya ini yang terjadi pada anak lembu...
|
|
|
V
 Akhirnya, anak lembu mati kerana dipisahkan dengan maknya oleh manusia yang rakus dengan keuntungan. Kat gambar atas, sila amati betul-betul muka lembu tu... dia menangis kerana anaknya mati.... sedihnya... :(

Adakah kita sebagai manusia yang berakal nak jadi macam tu jugak? dahlah penat2 mengandung selama 9 bulan 10 hari, bertarung nyawa untuk melahirkan anak yang kita kandung, lepas tu kita dipisahkan dengan anak yang baru lahir yang dah biasa dengan bau dan suara kita sejak dari dalam kandungan?

so, to new mothers, please say to your doctor and nurse to rooming-in with your baby... dan jangan lupa bagi susu awal kepada baby dan susukan la baby anda paling kurang 2 tahun... 

salam sayang.. 

XOXO..

Monday, March 29, 2010

SGM 2 - Managing Myths in Breastfeeding

Salam buat teman-teman...

Hari ni kita bercerita tentang Support Group Meeting 2 yang telah berlangsung semalam yang dianjurkan oleh SusuIbu.com

Topic: SGM 2 - Managing Myths in Breastfeeding
Date : 28th March 2010
Venue: Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi
Theme Colour: Purple
Food/Drinks: Potluck

Kali ni aku dapat menghadirkan diri, tapi sorang je la.. cik abang tak nak ikut, dengan alasan anak2 tak bangun lagi.. ye la tu, abang oi...

Aku bawa pau kacang dan kaya... masa kami sampai padahal lambat sebab tak tau kat mana depa lepak depa dah buat kumpulan masing2.. ada 3 group semuanya... Group Pn Kamariah aka mama, hayatie dan kak zatul aka zatul77. aku dalam group kak zatul. dalam group ku ada zana, ayukhairy, eira, nurul, hanis, fid aka lovebaby, nurulhuda aka MaMaFariz, nuha aka ibunadyne, najwa dan ada beberapa orang lagi yang tak ingat... sowik ye... 

so, moh kita bercerita apa mitos-mitos yang sering kita dengar daripada orang tua-tua kita.. kadang2 pelik tapi itu yang terjadi dalam masyarakat kita sekarang...

1. susu awal tu ko buang, susu basi
sebenarnya ianya adalah KOLOSTRUM yang mengandungi berjuta-juta sel hidup dan antibodi yang membantu bayi kita survive... skang ni orang pulak buat bisnes susu awal lembu... tak ke kesian kat anak lembu n mak lembu? 
2. Breast kecik, ada ke susu?
selagi bergelar wanita dan ada breast, tak kira kecik ke besar, ada la susu... dalam breast ada sejenis protin namanya FIL yang mengawal hormon2 susu
3. menyusu lebih 2 tahun, anak hisap darah
takde la kawan2 kita perah susu yang lebih 2 thn ni kuar darah
4. makruh hukumnya jika bagi anak menyusu lebih 2 tahun
dalam Quran pun tak kata hukum makruh jika lebih 2 tahun, sila cek balik surah al-baqarah ayat 233, sila cek Utusan Malaysia - BIcara Agama
5. tak boleh susukan anak kalau pregnant, nanti si kakak/abang amik hak adik or anak jadi cacat
tak jadi masalah menyusukan anak jika pada yang masa anda mengandung tetapi jika sebelum ni anda pernah mengalami keguguran, sila dapatkan nasihat doctor (yang pro BF la ye), kalau yang kes cacat ni, kuasa Allah.. maybe Allah nak uji family tu...
6. anak BF ni obes (kalau yang bambam la), kena diet
tak de obesnya... kalau masa deliver dah besar, besar la dia... berat badan bayi kenalah ikut graf WHO utk breastfed Baby
7. selalu perah, nanti susu kering
breast kita ni bukannya macam tangki air/tempayan, selalu amik air, kering jadinya.... breast kita ni macam flushing system utk toilet.. kalau kita buang sikit, sikitla yang diisi kembali.. kalau kita buang banyak, banyakla yang diiisi kembali... inilah gunanya protin FIL (cek www.kellymom.com)
8. ibu yang BF ni gemuk
jangan la tengok kpd contoh mama2 yang montel2 ni.. maybe sejak azali mmg chubby dan montel macam diriku ini.. contoh terdekat dengan saya mcm Ammi Sara, badan mcm anak dara you, tapi BF anak memang boleh menguruskan badan dengan syarat makan diet yang seimbang dan selalu bersenam... ingat tau...
9. dah keturunan tak banyak susu, nak buat mcm mana
oh, ini salah sebab bukan salah asbab keturunan tapi kita yang mencari alasan utk tidak memperbanyakkan susu
10. bila ko dah keje susah nak susukan anak, baik guna susu tin
sekarang dah maju, banyak gadget BF yang ada di pasaran. kalau rasa mahal, guna kaedah memerah dengan tangan or teknik Marmet..
*11. Kanan nasi, kiri air
kedua-dua payudara mengandungi kandungan susu yang sama... biarkan baby anda menyusu selama mana dia nak di sebelah payudara sebab nak kosongkan payudara tersebut, ingat konsep toilet flushing system terdapat 2 jenis susu dalam payudara, iaitu foremilk, susu yang nampak agak cair dan keputih-putihan mengandungi lebih banyak air manakala yang kedua adalah hindmilk yang nampak agak pekat dan warna putih kekuningan yang mengandungi lemak tinggi. yang sebelah lagi tu, kalau baby tak nak minum dah kenyang cuba kosongkan payudara dengan memerah susu tak kisahla teknik apa pun

rasanya ada lagi, tapi tak ingatla... ni ada a few gambar2 yang ku cilok dari blog kawan2 sgm... maaf ye...

Yang tak tahan, kaum bapa ada permintaan... diorang pun nak berSGM sama... mebi nak share experience diorang betapa jimatnya duit poket mereka sejak isteri-isteri mereka BF anak... mana nak tau kan...

lepas tu, ada sesi bersama wakil MalaysianBabyWearers.. it's about safety when wearing ur baby... jika anda ternampak mana sling rider yang begini, jangan beli sebab bila kita gendong bayi dlm tu, dagu baby akan bersentuh dengan dada baby dan menyebabkan baby kita akan choked... 
sling ni tak guna ring, guna buckle tapi it's not recommended... dangerous ma... nampak macam mak ayah hepi je, padahal anak menderita kat dalam tu...

 this is suppose how u wear your baby.. make sure she/he can breathe well.. always check your baby..
Baby should be close enough to kiss.
Baby should never have his chin resting on his chest.
Baby's head should be above the rest of her body.
Baby's knees should be higher than his butt.
Baby's face shouldn't be covered by fabric.
Baby's head should be supported.
 (copied from hayatie's blog)

so, next SGM3 will be on 25th April with topic: Normal Development of Breastfed Babies.. tapi SGM3 n SGM 4 ni aku tak dapat pi sebab masa ni maybe dah 'meletup' dan dalam tempoh berpantang sesi untuk mengembalikan bentuk badan asal...
so, maybe pi  SGM 5 on 27th June... 

so, kawan2, yang tak jadi member susuibu.com pun dialu2kan pergi... sebab susu yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita sebagai ibu tak ternilai... dah la kita ni boleh pregnant, boleh melahirkan.. kenapa plak kita tak boleh menyusukan anak sendiri... kesian kepada mana2 wanita yang tak boleh melahirkan anak... tapi mereka berusaha utk menjadi ibu susuan kpd anak angkat mereka... let us do INITIATE BREASTFEEDING IN FIRST HOUR OF LABOUR...

salam sayang.. 

XOXO..

Friday, March 26, 2010

Pesta Punyer Pasal...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kembali lagi... dulu, masa bergelar student, rajin gak pegi.. sanggup pergi dari Bangi ke Kuala Lumpur.. biasalah anak dara, berjalan2 sambil cuci mata...
Sekarang ni, dah jadi ibu kepada bakal 3 anak pi jugak la... anak-anak memang suka buku... xtvt conteng-contengan dan koyak-koyakan menjadi xtvt biasa, especially mags... 

After solat Jumaat, off we went to PWTC via Star-LRT... The kids were so thrilled.. seronot naik tren... masuk PWTC, aku dah pening.. mcm mana layout diorang ni... rupanya ada satu lagi ruang pameran di luar PWTC..aduhai, kena berjalan merentasi sungai apa ntah (klang ke gombak, aku pun tak tau)... menyesal pun ada... masuk2, ok lagi.. beli la buku utk sumayyah, 6 buah buku = RM3.00 (1 buku = 50sen). 

Then kami berjalan-jalan dan tiba di satu gerai ni terjumpa satu set buku yang agak menarik tapi tak beli pun.. kata dengan saleslady tu "nak pusing2 dulu"... Set buku tu pasal sirah Nabi SAW... best gak...

Kami pun meneruskan perjalanan, tetiba kami disapa oleh seorang minah melayu ni... diorang ni jual buku xtvt dan dvd citer.... diorang ni mmg dah tunggu kat muka pintu.. nampak je mak2 or pak2 yang bawa anak, terus dia grab anak kita dulu... dia bagi kad xtvt kat sumayyah... budak, kalau dah dapat yang boleh berxtvt, memangla dia suka... 

tapi ada satu ayat yang aku menyampah dengan minah ni mengenai buku 'I wonder why'. ikuti perbualan kami yang telah dipendekkan..

Salesgirl: akak boleh bacakan buku ni untuk anak akak.. semuanya ada ** buku (tak ingat la)
Aku: OK (buat muka toye)
Salesgirl: akak tau tak buaya makan tak batu?
Aku: tak tau... (padahal tau tapi tak ingat baca kat mana)
Salesgirl: buaya akan makan batu untuk menenggelamkan dirinya.. bila nak muncul semula ke darat, dia akan luahkan balik batu-batu tu (sambil menunjukkan muka surat yang berkenaan)
Aku: Oh, ye ke?
Salesgirl: Akak tau kenapa laut tu masin? (minah ni nak uji aku ke)
Aku: sebab ada mineral yang terkandung dalam laut tu (minah tu tak cakap apa, renyeh)

sesi lain pula dengan salesgirl yang sama... promosi dvd dan buku versi bahasa inggeris
Salesgirl: dvd ni bagus kak, boleh guna sekali dengan buku ni.. anak-anak akak boleh belajar english dari dvd ni...(dia tunjukkan buku tu dan budak2 ni sonotla sebab ada gambar-gambar kartun walt disney)
Aku: oh, diorang ni belajar english dari nenek diorang (terkejut minah ni)
Salesgirl: Ye ke? mak akak ke? (masih lagi tak percaya)
Aku: eh, tak lah.. mak mertua.. (then aku nampak matanya ke arah suamiku yang agak jauh dari kami, muka tak percaya lagi sebab suamiku pakai seluar trek, :P)
Salesgirl: mak mertua akak memang speaking english ke? (tak percaya lagi tu)
Aku: haah, dia memang cakap english dengan budak-budak ni (aku buatla muka konfiden)

... dan ada lagi ayat-ayat cinta perbualan kami.. tapi ini yang paling aku menyampah.. macam la aku ni tak sekolah, tak baca buku... Bukanlah nak memperkecilkan kerjaya jurujual tapi jangan sesekali untuk menguji bakal pelanggan... kalau terserempak dengan bakal pelanggan yang bergelar Prof ke, yang ada Masters or PhD ke, mesti kena hambur depan-depan tu jugak... mana nak tau... maybe dia nampak aku pakai beg sekolah.. cadangnya nak letakkan buku2 yang dibeli dalam beg tu.. tak delah bawa berplastik2 naik tren... mujur jumpa dengan aku, kalau mak mertua ku, habih la budak ni...
*edited (baru teringat).. bak kata Prof Madya Dr Harlina Siraj, dia kata kalau jurujual (jual pakaian) nampak si pelanggan ni chubby dan montel, jangan la cakap, "oh, baju PLUS SIZE ada kat sana ye, puan" sebelum pelanggan tu bertanya apa2 lagi kat si jurujual ni... tak ker terasa si pelanggan tu.. so, communication skill is REALLY important...

dengan baiknya, aku menolak promosi buku2 tu,... bukanlah aku ni sombong tapi masalahnya ada 2:
1. aku bawa RM200 je... nak jimat punyer pasal
2. aku dah beli banyak buku2 dari Reader's Digest sebelum ni.. segala macam mak nenek, dari Atlas hinggalah sejarah dunia...

kami pun berjalan, jumpa lagi salesman dari gerai yang sama, dengan taktik yang sama, menarik anak2ku... sabar je lah.... bermula la acara tarik-menarik tali dengan jurujual tu... :(

Jalan-jalan punyer jalan, ni la hasil pencarian dan pembelian kami...

 Dari gerai PTS - Seni & Kraf Bersama Kak Emila (Origami) untuk sumayyah

 Dari gerai Utusan Publications - Ensiklopedia Perbidanan Melayu  (i kan mak buyung)

*psst,masa ni kami terjumpa Lim Swee Tin, sasterawan bukan Melayu yang lenggok bahasanya kalah org Melayu - time jumpa dengan dia, hati si suami dah sejuk sikit akibat acara tarik tali mentang-mentangla skang ni musim Sukan Sekolah

 Dari gerai Galeri Ilmu - Aku Terima Nikahnya, I Love U Too & Bercinta sampai Ke syurga

Kami nak pi gerai majalah Aulad, tapi tak ketemu bukan tak ketemu, tapi malas nak berjalan takut terserempak dengan jurujual yang mcm di atas...
 so, nak elakkan sakit hati, kami pi makan dan terus balik... dah namanya Mak Buyung, jalan pun slow la, sakit belakang dan kaki jangan cakap la....

Puas hati jugak la sebab ada diskaun, tapi insiden seperti di atas yang membuatkan den maleh nak pi PBAKL lagi. baik aku pi MPH or Kinokuniya or Perpustakaan Negara Malaysia... boleh lepak2 sambil baca buku dgn relax.... ralatnya, tak banyak gerai yang kami lawati....

so, to my fwens, nak pi PBAKL, pi la sementara masih sempat.. abih 28th March... happy book shopping... :)

salam sayang.. 

XOXO..

Thursday, March 25, 2010

Points to Ponder (esp to myself)

Children aren't adults, don't expect them to behave as though they are,
Children learn by doing, don't expect to approve of everything they do
Children are more likely to do as you do than to do as you say
It is often less important for adults to control children behavior
than to control their own
Children react to anger, they respond to love and affection
The pain you inflict on them will probably be inflicted on others..


salam sayang.. 

XOXO..

Sunday, March 21, 2010

Cuti Sekolah Dah Abih?

Macam aku ni student balik je? macamlah aku ni cikgu? tapi Sumayyah masuk balik tadika.... takkan nak ajar dia ponteng kot...

Cuti sekolah dulu kami balik perak jap... then esoknya balik kedah... kampungku... oh, lamanya kaki ini tidak jejak ke sana...

Memandu kereta lama arwah ayah, Mercedes 200... banyakla mata-mata yang memandang orang muda muda lagi ke aku ni bawa kereta veteran, apalagi meredah lebuhraya dari Jelapang ke Kedah...

kami pi perlis dulu sebab menghantar Cik Tipah adik ke2 balik sebab dia keje esoknya... bermalam di perlis 1 malam, esoknya kami pulang ke kedah...

aktiviti kami pada petang itu adalah menemankan mak chah amik buah asam jawa di belakang rumah tok. 

Anak lembu yang sangat mesra...

 Sumayyah dan Munirah berposing dengan mak n anak lembu

Adik bongsu, Usop dan suami cousin, Hafiz bersama2 bersantai dengan kami

Keadaan belakang rumah tok yang dipenuh dengan pokok kelapa... belakang lagi sawah padi

Mak Chah dengan karung guni yang penuh dengan asam jawa

Kami puas bermain di belakang tu.. luas... anak2 seronok bermain dengan anak lembu... esoknya kami buat BBQ, tapi sorry gambar tak de la..

Seronok balik kampung bila kita jarang balik.. dapat jumpa Tok yang semakin cerah dok dalam rumah je, gossip2 terkini ala-ala melodi dan mak dapat berjalan keliling kampung berjumpa sanak sedara.. Aku nampak di mata mak yang mak happy walaupun happy itu seketika... at least, berjumpa dengan kakaknya dan ibunya membuatkan dia terasa tenang di kala ayah meninggalkan kami....

Till we meet again...

salam sayang.. XOXO..

Thursday, March 11, 2010

Maafkan Ibu...

Hari ini, entah apa silap mereka, aku mengamuk...

lepas tu, ak menangis semahu-mahunya kerana memarahi mereka kerana kejahilanku yang tak tahan menahan amarah...

Sumayyah, Munirah, Ibu sayang kalian...

salam sayang.. XOXO..

Tahniah!!!

Hari ni result SPM 2009 keluar... mak ayah berduyun-duyun la amik cuti semata-mata nak bersama anak tika mengambil keputusan... tak terkecuali mak aku... memandu dari Batu Gajah ke Taiping dengan kereta Merc lama, tinggalan arwah ayah... dari pagi lagi aku dah telefon mak bertanyakan di mana mereka (mak dan adik, Anuar) sekarang... 
Pukul 12pm, aku dapat tau keputusan adik aku... Dia dapat 5A+, 3A, 1A- (dia amik 9 subjek je)... Alhamdulillah, keputusannya bagus. Bila tanya secara detail, keputusannya:
  • Bahasa Melayu: A+
  • Bahasa Inggeris: A-
  • Pendidikan Islam: A+
  • Sejarah: A+
  • Mathematics: A+
  • Additional Mathematics: A+
    Physics: A
  • Chemistry: A
  • Biology: A
Berkat doa mak, kami adik-beradik dan cikgu-cikgu, adikku yang belajarnya tak seberapa ini peroleh keputusan yang cemerlang... Terima kasih kepada warga MRSM Taiping (terutamanya cikgu-cikgu) kerana melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.. (aku ni x-MRSM Beseri)

Tak lupa tahniah ditujukan kepada bekas pelajar-pelajar ku yang mengambil keputusan hari ini.. aku hanya ajar diorang Add Maths masa Form 4 je, tapi alhamdulillah, mereka tak lupakan aku... Tahniah kepada Rizwan (13A), Amalina (10A), Fatin 'Atikah (9A), Khairuddin, Amirah,.. to name a few... Congratulations to all of you. Yang kurang berjaya, mungkin rezeki anda di tempat lain.. aku percaya...

so, see ya next time...

salam sayang.. 
XOXO..

Tuesday, March 9, 2010

terima kasih mak kerana menghalalkan susu mu kpd ku


Sajak ini diambil dari forum SusuIbu.com untuk tatapan kita semua. Penulis asal namanya Norsha'atul atau Norsha di Ratuhati.com... cerite sebenar di SINI.. Semoga kita tabah seperti 'Mak'...
------------------------------------------------
Tentang perjuangan ibu pada zaman 80-an yang melahirkan anak tidak cukup bulan dan berikan anaknya susu ibu.... Walaupun kurang kemudahan dan pendedahan, ibu ini kuat jugak semangatnya...

Adakah kita sanggup berjalan kaki berkilometer selepas bersalin, stay kat hospital dari subuh ke maghrib, memerah guna tangan untuk menyusukan anak ???
____________________________________

Assalamualaikum Mak..
Adik rasa begitu pantasnya waktu berjalan
Terlalu bosan rasanya bila mak tanpa di sisi
Sedar tak sedar hampir setahun mak pergi tinggalkan adik
Terasa baru semalam adik tidur dengan mak

Mak..
Mak ingat tak adik dari kecil sampai besar
Suka tidur dgn mak?
Hehehe mesti mak ingatkan dengan perangai
Anak bongsu mak sorang ni

Di saat seperti itu lah mak suka
Bercerita dgn adik ..terutamanya
Pengalaman mak menjaga adik dari bayi lagi

Mak..
Mak pernah cerita kat adik
Mcm mana mak bersalin kan adik dulu
Mak cakap adik tak cukup bulan kan ??
Mak bersalin kan adik semasa
Kandungan berusia 7 bulan

Mak cakap mak mengalami kemalangan
Berlanggar dengan lori sedangkan
Mak pula ketika itu hanya
Menaiki basikal tua untuk
Menjual kuih..masa mak cerita tu
Adik sedih..sedih sangat…
Mak ingat tak?

Mak cakap mak tak sedarkan diri
Dan perlu melakukan pembedahan
Demi menyelamatkan adik
Tapi dengan kuasa ALLAH
Adik selamat…

Mak..
Pada saat itu bermula lah pengorbanan mak
Mak ingat tak mak ada cerita kat adik
macam mana mak menyusukan adik??
Mak cakap, adik tak boleh menyusu mak terus
Sebab adik kena duduk dlm “kotak oksigen”
Dan keadaan adik masa tu agak kritikal
Sebab mak cakap berat adik tak sampai 1 kg

Tapi mak tak pernah putus asa
Mak tak bagi doctor dan misi tu
Bagi susu tepung kat adik
Mak cakap nak guna susu mak kan ??

Mak cakap dulu tak tau pasal pam-pam ni
Jadi mak perah guna tangan je la
Lagi pun mak kata kita tak mampu
Nak beli pam sebab bapak pun
Kerja sebagai tukang kebun je
Di jabatan kerajaan mana la nak cari duit nak
Belikan mak pam; nak beli susu tepung

Mak..
Mak tau tak perasaaan adik masa tu???
Rasa macam nak cium-cium je mak
Lepas tu nak jerit mcm ni
MAK, ADIK SAYANGKAN MAK SANGAT!!!!
Mak berkampung di hospital tu sampai sebulan
Mak cakap kalau nak bagi susu kat adik
Kena guna tiub yg disediakan…
Masa tu Mak kata 
Hati mak sakit sangat bila tengok adik dalam keadaan
Yang macam tu…

Lepas tu mak cerita kat adik lagi
Mak kata doktor suruh mak keluar wad
Sebab mak terlalu kat sana; adik pulak
Masik kena tinggal di dalam kotak oksigen tu lagi..

Mak tanya doctor susu macam mana??
Dokator cakap guna susu dari hospital
Mak meronta-ronta tak nak
Mak kata mak akan hantar susu
Doctor tak ada pilihan melainkan
Setuju dengan mak..

Bila adik tanya mak macam mana mak hantar susu
Sebab hospital masa tu agak jauh…
Mak jawab mak jalan kaki la…

Mak…
Walaupun mak jawab dengan senyuman
Tak dapat adik bayangkan keadaan mak masa tu..
Subuh-subuh mak keluar rumah berjalan ke hospital
Tak boleh naik basikal sebab kesan operate tu terasa lagi..
Mak tunggu di hospital sampai le maghrib..
Mak dah perah siap-siap tuk malam nanti bagi nurse…

Mak..

Mak ingat tak adik ada tanya kat mak
Kenapa mak sanggup wat macam tu??
Mak jawab mak nak adik ‘hidup ‘
Dan sihat walaupun keadaan adik kritikal..

Mak cakap hanya guna susu mak je
Yang boleh bagi adik sihat
Sebab mak cakap susu mak banyak khasiat..
Bila adik tanya mak apa khasiatnya??
Hehehe mak senyum je..
mak cakap mak tak tau banyak
Cuma mak tau banyak antibodi je…

Tapi mak ada cakap gak..
Apa-apa pemberian dr ALLAH
Itu adalah yg terbaik dlm hidup manusia
Contohnya macam susu mak ni…
Mak cakap tak de susu lain yg terbaik
Selain dari susu mak kan ??

Mak
3 bulan dah berlalu tapi mak cakap adik tak keluar lagi
Sebab adik mengalami masalah pernafasan
Oleh itu adik kena bergantung ‘tong oksigen ‘
Tapi mak kata adik dah tak duduk dalam ‘kotak oksigen ‘
Mak gembira kan ??? 
walaupun mak kena baga susu guna tiub 
Tapi mak penuh sabar menjaga adik..

Mak..
Mak ada cakap selepas 2 minggu baru adik keluar hospital
Mak seronok sangat-sangat…
Adik tanya kenapa??
Mak jawab tu la pertama kali adik menghisap ‘tek’ mak
Hehehehe kita gelak sakan bila mak cerita kisah tu.
Mak ingat tak???

Mak ...
Bila adik dah membesar mak masih menyusukan adik kan ??
Yong (kakak) cakap adik paling lama hisap susu mak
Yong cakap sampi umur adik 4 tahun..
Bila adik tanya mak kenapa lama sangat??
Mak jawab mak nak adik SIHAT betul-betul
mak tak nak adik sakit lagi

Mak...
Mak ingat tak dari kecik sampai la adik tingkatan 2
Hidung adik asyik berdarah jer kan ..
Hehe anak mak nie asyik susah kan mak jer kan ??
Tapi mak tak pernah bersungut..

Mak …
Dah berbelas-belas tahun berlalu
Anak bongsu mak nie masih hidup & sihat
Anak mak ni cemerlang dalam semua bidang
Mak tentu bangga kan ??

Mak..
Mak tau kenapa adik boleh jadi macam ni??
Ini semua kerana penat lelah mu mak
Kerana menyusukan ku..
Dari hasil SUSU mu itu la adik boleh jadi macam ni..

Mak…
Mak ingat tak semasa adik balik dari mengaji
Kain baju kurung adik terkoyak..
Adik cakap kat mak adik terjatuh kat tangga surau kan ??
Tapi sebenarnya adik jatuh dari pokok mempelam
Belakang surau tu..mak tau kan anak mak ni suka makan pelam.

Mak..
Tujuan adik menipu tu tak nak bagi mak marah
Adik takut kena pukul..tapi bila malam tiba
Adik cakap terus terang je..
Mak terus cium adik,adik tanya mak kenapa?
Mak kata mak tau adik tak kan menipu mak
Sebab anak yang minum susu ibunya dengan baik
Hatinya lembut dan takkan sesekali nak melukai hati ibunya..
Masa mak cakap tu adik dah nangis dah …

Mak ..
Adik teringat mak jaga anak nyah dulu..
Mak marah betol ngan nyah
Sebab nyah tak bagi anak nya susu badan sepenuh nya..
Mak cakap nyah PEMALAS…
Mak marah betol masa tue sampai mak tak bercakap ngan nyah..
Mak..
Maafkan la nyah…tapi mak berdegil tetap ada perasaan marah jugak
Mak kata kalo mak ada susu dah lama mak bg kat cucu mak tue...
Sampai mcm tu skali mak marahkan nyah..
Akhirnya nyah akur ..nyah pam susu dan hantar kat mak..
Baru mak senyum

Mak..
Baru adik tau kedegilan ku dapat dari sapa
Hehehhe semestinya dari mak kan ???
Mak degil masa nyah bg susu tepung tue..
Mak tak bagi susu tepung tu kat cucu mak
Malah mak tepon nyah suruh balik susukan anak
Begitu kuat pendirian mak..

Mak..
Sekarang adik dah besar & br start kerja
Adik seronok sgt bila dapat gaji bagi kat mak duit..
Mak pon mastu seronok kan ??
Sekarang mak suruh adik bwk balik kwn adik tue
Mak cakap mak nak kenal kan ??

Adik dah bawak balik mak…
Mak suka sgt ngan pilihan adik
Tapi mak adik tak serius lagi masa tue…
Mak marah adik…

Mak terus cakap kat kawan adik
Kalo betol suka kan adik
Suruh dia ambik adik jadi isteri yg sah..
Adik terkedu betol masa tu
Hati adik meronta-ronta tak nak kawin lagi

Pada 08.02.2008 adik kahwin jugak
Mak igt tak masa adik gi honeymoon kat langkawi
Adik bawak mak ngan bapak sekali??
Kita ada jumpa seorang perempuan nie
Menyusukan anak dia guna botol..
Mak tanya dia guna susu apa
Perempuan tu jawab guna susu ENFALAC
Terus jer mak tanya naper tak guna susu sendiri
Huhuuhu perempuan tu malu2 alah jer nak jawab
Katanya susah la..
Aduhai…mak mengeluh panjang bila dengar jawapan tue..


Mak
Mak ingat tak mak berceramah panjang ngan perempuan tue
Sampai perempuan tu pergi tempat tersorok menyusukan
Anak nya guna susu badan nya..
Alahai mak ku smpi mcm tu sekali pendirian mak..

Mak
Pada awal August 2008 mak dah mula sakit
Mak cakap mak sakit pinggang
Jenuh ku dah bawak ke pakar
Doctor ckp ada masalah saraf tunjang
Tak lama pastu mak mula rasa kebas2
Disebelah kanan..
Adik terus bawak mak pergi hospital
Doktor sah kan mak lumpuh separuh badan

Mak..
Mak tau tak cm mana perasaan adik masa tue??
Rasa nya jantung adik terhenti seketika waktu tue
Rasa nya hati ni di carik2
Rasa nya badan nie melayang2 di udara
Isk..isk…isk adik tak tahan mak …
Tak tahan tgk mak seperti itu…

Mak…
Selepas mak dikeluarkan hospital
Kami adik beradik beli
Semua kelengkapan mak
Supaya mudah tuk mak
Melakukan fisioterapi di umah

Mak..
Mak dah sebulan mak mcm nie
Tak ada perubahan tapi adik
Tak akan putus asa adik akan ikut
Semangat mak cm mak susu kan adik dulu

Mak..
Mak igt tak adik mandikan mak setiap kali
Adik balik kerja?? mak igt tak??
Ada satu hari lepas adik mandikan mak
Adik terus cium mak adik cakap kat mak
Yang adik mengandungkan??
Masa tu mak suka betol…manis betol senyuman mak

Mak
Malam tue adik nak basuh berak mak
Mak tak bagi adik dukung mak..
Mak kata takut adik gugur lak nnt sbb mak berat
Tapi adik nie degil jugak ..adik angkat jugak mak
Gi toilet ngan menantu mak tue…

Lepas tu adik pakai kan mak pampers
Tapi mak menangis …
Mak kata tak sia2 mak SUSUkan adik
Isk..isk..isskk adik terus peluk mak
Sampai tertido kan ??
Ermm anak mak ni masih suka tido ngan mak tau…

Mak..
Tak lama lagi kita nak raya..
Abang dah belikan baju kat mak cantikkan??
Mak senyum jer…

Mak
Lagi 2 hari nak raya ni mak…
Pagi tu adik mintak resepi nak buat rending tok kat mak
Sebab mak suruh adik masakkan??
Tapi malam tu mak sesak nafas
Abang cepat2 bawak mak gi hospital

Mak..
Sekali lagi jantung anak mak terhenti seketika
Kali ni hati adik macm dihiris2
Bila doctor cakap paru2 mak di jangkiti kuman
Hampir 80% dan peluang tuk hidup amat tipis

Mak..
Ni malam raya …mlm ni adik tak tido ngan mak yer
Adik balik nak buat rendang mak..
Malam ni kak chik jaga mak yer..
Subuh sok adik datang bawak rendang
Adik datang mcm mana mak dtg antar susu kat adik dulu..

Mak..
Ari ni kita raya mak senyum jer..
Mak suka yer anak2 mak ada kat mak
Adik suap mak rendang adik masak
Tapi mak ckp tak rasa apa pun
Adik tau mak dah tak ada deria rasa

Mak sekarang keadaan mak makin lemah
Adik beraya ngan mak atas katil hospital
Mak igt tak adik mintak ampun ngan mak
Adik mintak mak ampunkan segala dosa adik
Dan mintak halalkan mkn minum adik
Tapi mak kata adik tak da dosa ngan mak
Iskk..iskk adik terharu betul masa tue
Pastu mak ckap mak HALALkan susu yg mak
Berikan pada adik
Ya allah masa tu hati adik hancur berkecai
Adik peluk mak sampai tak nak lepas kan mak..

Mak
Hari dah malam ni nak masuk ari ke-4 kita raya
Malam ni adik tido ngan mak kan ??
Malam ni adik nak peluk mak..
Tapi taku nurse marah adik baring atas katil mak..
Tapi tak per la adik peluk tangan mak jer…
Tapi mak senyum jer...

Mak..
Malam tue mak tido lmbt mak kata mak tak boleh tido
Adik teman mak kan ??
Mak pesan kat adik supaya adik jaga kandungan tue..
Mak suruh nanti asuh anak sebaik mungkin
Mak suruh adik janji yang adik akan susukan anak adik
Mak cakap jgn bg susu lembu…
Mak suruh adik Janji ngan mak kan ???
Mak igt tak??

Mak
Hari dah pagi nie.. nape mak tak bukak mata lg??
Bila adik panggil lemah jer mak bukak mata
Adik panggil doctor
Doctor cakap PLS PREPARE….
Mak jangan tinggal kan adik!!!!!!

Mak…
Hari nak malam nie…
Keadaan mak semakin nazak
Kami bawak mak balik umah
Mak tau tak
Ms dlm perjalanan nak balik tu adik bwk keta
Dlm keadaan separuh sedar..
Kenangan bersama berputar dlm kepala ni
Air mata tak mampu nak tahan

Mak..
Sampai di umah mak kuar dr ambulans..
Mak kami letak atas tilam..
Sesudah nya nurse tanggalkan oksigen
Mak tgk anak2 & bapak
Tak sampai 10 minit…..pukul 10.05mlm
Isk…isk.. mak TINGGALKAN KAMI..

Mak ...
Jam 11.30 tgh hari mak dimandikan
Anak2 mak yang mandikan mak
Mak mesti rasa bertapa lembut nya kami gosok badan mak kan ..
Adik gosok kaki ngan tangan mak…mak nmpk kan ??
Lepas tu mak di kapan kan ..dan di bawa ke masjid tuk disembahyangkan

Mak ..
Mak tau tak abang yang jadi imam solat jenazah mak utk mak..
Mak mesti tau kan …

Mak
Malam tu adik kemaskan barang mak
Adik Nampak sepucuk surat ..
Rupa nya surat mak kepada anak2 mak...
Mak cakap mak maaf kan semua anak2 mak
Mak HALAL kan susu yg mengalir dlm tubuh
Semua anak2 mak..
Mak pesan bagi susu badan kat cucu dia
Isk..isk masa tu nyah menangis teruk

Mak..
Sejak ari tu mmg kami adik beradik
Mmg berjanji akan bg susu badan kat anak2 kami
Akan kami jaga anak kami mcm mak jaga kami..

Mak..
Selepas mak pergi mak dapat 4 cucu sekali gus..
Mak tau tak…adik dapat anak lelaki
Kalo mak ada mesti mak suka kan ??
Adik nama kan cucu mak MUHAMMAD DANISH


MAk..
Adik kotakan janji adik pada mak
Adik susukan Danish mak..
Tapi Danish suka guna botol la mak
Tapi susu nya tetap susu adik
Mak jangan risau yer..
Kalau dulu mak boleh bg susu mak dlm tiub
Kenapa adik tak boleh bagi susu adik dlm botol kan ??
Adik tak nak MALAS mcm nyah dulu..
Mak tau tak sekarang dari empat ,tiga cucu baru mak tue
Sepenuhnya menyusu badan…
Anak kak chik tue campur sebab kak chik ada masalah skit
Tapi kak chik pon tgh usahakan jugak

Mak..
Adik tak sempat belajar ngan mak pasal penyusuan nie
Adik belajar ngan FORUM RATU HATI...
Mak tentu bangga kalo adik cerita kat mak pasal susu ibu nie’
Tapi mak..adik tak sempat nak cerita kat mak..
Mak tau tak kat forum nie ramai pejuang spt mak
Pejuang utk kekalkan anak2 mereka sentiasa sihat..
Mcm mak berjuang untuk susukan adik dulu..

Mak…
Cukuplah sampai disini dulu..
Nanti kawan2 kat forum nie sedih pulak..
Adik tak nak diorang sedih…
Adik diorang baca cerita mak ni sbg pembakar semangat
Untuk menyusu anak mereka..

Mak..
Mak jangan mara yer adik cerita kat forum nie..
Adik nak share pengalaman mak pada semua kaum ibu
Supaya menjadi renungan…

Mak..
Adik nak mak tau..yg ketika ini perasaan rindu tu
Semakin menebal sehingga menusuk2 hati nie
Terasa sakit nya mak..kerana menanggung rindu
Tapi yg adik mampu hanya sedekah al fatihah jer..
Adik berenti dulu yer mak… 

ASSALAMUALAIKUM

salam sayang.. 

XOXO..