Muhd Abd Rahman & Habibah Mohamed

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, March 6, 2010

JAUNDIS


Hari Rabu lepas (3/3) aku ada temujanji (date) dengan klinik ibu mengandung. Sekarang ni kandungan ku sudah pun mencecah 32 minggu = 8 bulan. Berat badan turun 200g dan Hb pun turun gak --> 10.3mg%. huhuhuuuhu... Sementara menunggu nombor ku dipanggil, aku pun berjalan-jalan di dalam klinik (duduk je, boring) baik baca apa-apa yang patut, lebih-lebih lagi mengenai penyusuan susu ibu (PSI). Di bahagian belakang klinik, ada 1 ruang untuk ceramah mengenai PSI dan anemia. 

Aku mengambil brosur-brosur yang ada kaitan dengan diriku, macam PSI, anemia dan piramid makanan. Sekarang, nak kongsi dengan korang pasal JAUNDIS dan apa yang JAUNDIS ni boleh mengganggu anak anda. 

JAUNDIS BERBAHAYA KEPADA BAYI

BHGN 1: Pengenalan

Jaundis adalah masalah biasa yang dialami hampir 70% bayi yang baru lahir. Hanya sebilangan kecil yang mencapai tahap jaundis berbahaya. Meskipun begitu, ia tidak dipandang mudah oleh ibu bapa kerana jaundis berlarutan tanpa dirawat akan memudaratkan bayi.

Jaundis adalah keadaan di mana kulit dan mata bayi berwarna kekuningan. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh BILIRUBIN yang berlebihan di dalam darah bayi. Bilirubin adalah sejenis bahan kimia semulajadi yang ditapis oleh hepar (hati) dan dibuang melalui air kencing dan najis. Jaundis disebabkan oleh perpecahan sel-sel darah merah yang mengeluarkan zat besi dan bilirubin.

Kebanyakan bayi akan mendapat jaundis akan mengalaminya pada hari kedua kelahiran dan kebiasaannya jaundis ini akan hilang selepas bayi berumur tujuh hingga sepuluh hari. Ini dinamakan jaundis fisiologikal. Ibu bapa tidak perlu risau kerana jaundis fisiologikal tidak meninggalkan kesan kepada bayi.

BHGN 2: Penyebab-penyebab Jaundis

Kekurangan enzim G6PD
Kekurangan enzim ini menyebabkan dinding sel darah merah pecah. Ini menyebabkan bayi baru lahir pucat dan berwarna kekuningan.

Hepatitis
Hepatitis atau radang hati boleh disebabkan oleh jangkitan Virus Cytomegalovirus (CMV) dan jangkitan Hepatitis B daripada ibu. Jaundis ini berpanjangan melebihi satu bulan.

Kumpulan Darah Tidak Seimbang
Janudis boleh berlaku sekiranya ibu dan anak tidak mempunyai kumpulan darah yang seimbang. Kumpulan darah yang dipanggil Rhesus atau Rh faktor boleh menyebabkan jaundis jika Rh ibu negatif.

BHGN 3: Tanda-tanda Jaundis Berbahaya
  • Jika jaundis terjadi dalam masa 24 jam pertama dilahirkan
  • Bayi enggan menyusu, kurang selesa atau tidak bermaya
  • Warna kuning berpanjangan lebih dari 2 minggu. Ianya mungkin disebabkan saluran hempedu tersekat (Biliary Atresia)
  • Jika kuning merebak ke tapak kaki
  • Jika darah ibu Rh negatif. Jika darah anak Rh positif dan Rh ibu negatif, antibodi dari ibu boleh menyebabkan peningkatan sel darah merah pecah dan menyebabkan peningkatan tahap bilirubin dan bayi menjadi kuning
  • Air kencing bayi berwarna kuning pekat seperti warna air teh 'O'
  • Bayi demam dan mengalami sawan
  • Najis bayi berwarna putih bukannya kuning seperti bayi lain. Ini menunjukkan saluran hempedu bayi tersekat.

BHGN 4: Kesan Jaundis
Jaundis dengan jumlah bilirubin melebihi 340mmo/l mempunyai risiko mengakibatkan kerosakan otak. Kesan dari kerosakan otak (Kernicterus) ini ialah:
  • Kurang pendengaran atau pekak
  • Terencat akal
  • Cerebral palsy
BHGN 5: Rawatan

Ibu bapa tidak perlu risau atau berbuat apa-apa sekiranya bayi mereka mendapat jaundis dengan bilirubin < 170mmo/l pada minggu pertama. 

Jika bilirubin meningkat melebihi 200mmo/l, bayi harus diletakkan di bawah terapi lampu yang dipanggil fototerapi. Kesan fototerapi ini mengurangkan paras bilirubin melalui proses fotoisomerisasi dan dikeluarkan melalui najis dan air kencing. Kesemua bayi yang menjalani rawatan fototerapi akan ditutup matanya untuk mengelakkan kerosakan kepada retina mata bayi.

Sekiranya paras bilirubin terlalu tinggi dan ia tidak berhasil melalui proses fototerapi, bayi mungkin memerlukan rawatan pertukaran darah. Dalam prosedur ini, sejenis tiub yang halus dimasukkan melalui tali pusat bayi dan darah yang mengandungi bilirubin yang tinggi akan ditukar dengan penderma dewasa sihat. Prosedur ini mengambil masa antara 1 - 2 jam.

BHGN 5: Nasihat


  • Ibu bapa mesti cepat bertindak jika bayi menunjukkan tanda-tanda jaundis berbahaya seperti yang disenaraikan
  • Rawatan awal boleh menyelamatkan anak daripada mendapat kesan jangka panjang dan cacat otak.
  • Ibubapa tidak digalakkan menjemur bayi di bawah sinaran matahari kerana pancaran matahari tidak boleh mengurangkan kuning pada bayi sebaliknya boleh menyebabkan bayi menjadi kering. Keadaan ini menjadi lebih teruk sekiranya jaundis yang dialami meningkat ke tahap yang lebih bahaya.
  • Ibu bapa harusmenjaga bayi di rumah dengan baik sekiranya jaundis hanya kelihatan pada muka dan bahu sahaja
  • Menggalakkan bayi minum SUSU IBU dengan banyak
  • Partikan bayi tidak kekeringan kerana ini boleh meningkatkan bilirubin dalam darah bayi
  • Jumpa doktor setiap hari sehingga kuning pada bayi hilang


p/s: sekiranya anak anda jaundis, jangan la bagi susu kambing... bagila SUSU IBU sebanyak-banyaknya untuk flush out all the bilirubin in the baby's blood stream. Kalau jaundis yang teruk, doktor akan letakkan di bawah fototerapi... 

salam sayang.. 
 XOXO..

5 comments:

  1. anak2 sya tak de kuning...cuma yg first dulu...sbb terlalu putih...then tilam pulak berwarna kuning....nurse pun nampak cam ada kuning...jadi kenal bwk pegi klinik...tp alhamdulillah tak de pun...he3...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah... this en3 just sharing thoughts.. sebab biasanya kalau kuning laju je mak2 kita suh bagi air masakla, susu kambingla padahal ubat yang paling mujarab tu ada dekat dengan kita iaitu SUSU IBU...

    ReplyDelete
  3. a'ah..betul tu...patutnya bg SUSU IBU byk2...anak2 sya tk de kuning maybe sbb terlalu rajin menyusu kot..he3...kurang setengah jam...kalau boleh tk nak lepas pun...he3...

    ReplyDelete
  4. Bib,
    Duduk mana yer. Oh anak2 saya memang pro-long jaundis. Pertama, zerO knowledge so hari ketiga mak dah bagi makan jamu di mana baby pula pra-matang. Baby kuning tapi sebab dengar orang tua dan bidan ckp jangan pergi hospital kesian nanti kena amik darah so saya tak pergi, hari ke-5 atau 7 baru pergi tapi masa itu kuning dia memang dah tinggi gila sampai doktor jumpa kami untuk buat prosedur tukar darah. Masa tu rasa cam nak pitam je bila doktor cakap macam tu sebab dia kata saya dah lambat bawa baby ke hospital. Memang kami dipisahkan tapi alhamdulillah NICU di Selayang mmg ada provide katil untuk ibu dan 2 jam sekali memang kena panggil untuk menyusu. Memang bergaduh suami-isteri sbb saling salah menyalahkan, iyalah dapat info semua SALAH rasa nak belasah jer bidan yang cakap jangan bawak baby ke hospital. Memang sampai skrg saya PANGKAH bidan tu. Dengan emak pon gadoh sebab duk bagi petua2 bodoh, GERAM sgt!.

    Masa baby kedua mmg dah prepare gila, cuma pasal bfeeding ni blur lagi. Walau baby dah 4 bulan sempat catch up segala ilmu kat SUSUIBU ni. Bayangkan saya boleh buat stok berkat kegigihan dan ketabahan diri ni sebab keluarga terdekat tak SOKONG langsung. Hampir le meroyan dibuatnya, hampir nak bercerai berai laaa pasal ni...dasat kan?. Biar hilang suami jangan hilang anak. Still jaundis tinggi sebab darah saya dan suami O, lepas tu disyaki pembawa G6PD. Memang dah terbagi formula, anggur masa kat hospital ialah jaundis tinggi sgt dah hampir nak tukar darah juga.

    Sorry ler..itu pengalaman lampau..terlebih sudah pula...hehehe.

    ReplyDelete
  5. As'kum...Bismillahirrohmanirrohim...

    First bby i memg btul2 zero masa tue,esp bab bgi BF.So,first nite bwak balik memg tgah2 malam die lapar sgat,mengamuk...ktaorg xde pilihan,hsband rush crik 7E n bli susu formula..on the 3rd day,JM dtg mlawat rumh,then bby memg kne refer utk ambk drah sbb npak kult kning sgat & air kncg pd pmpers pn dh mcm air teh pekat. So,cek ambik drah jaundis memg tiggi & bla admit mask wad,die kne fototerapi & dudk bilik asing for better obsrvation olh nrse & doc. Ms 2 nrse mmg bgi wrning xle bgi susu formula. Aduhhh...dh la suara bby paling kuat nangis kat wad ms tue & i de prob ngan BF. Spnjg malam try guna pam perah susu manual & electric. Tpi hsilnya xsmpai pn 2oz. Sdih sgat rasa..dh dinihari ditkdirkn sorg nurse nie mcm pham pe msalh i..die come to me & tlg tnjuk & jar urutn yg btul utk glakkn air susu kuar..Pglaman yg pling brharga sagt2 pd i ms tue...Ya Allah,alhamdullilah...pas tue,i praktikkn pd bby,memg x tdo semlamn...next day,doc cek & alhamdullilah jaundis dh xde & drah bby dh nrmal..

    2nd bby lak,i dh de experience,so memg bgi die mnyusu bebyk sejak lahir. tpi,die de abnormal pd skrotum(lebihan cecair). 17 jam duk kat wad postnatal,xkencing & xberak...bagi BF pun still mcam tue..next mrning,doc wat smthing utk bgi die kncg n masa tu air kncg die mmg dh kaler air teh pekat tp doc bgi blik. Blik rumah,msh lgi de prob yg sma smpai msa mndi ptang bru die berak & kncing..and this cndition cntinues until noon on the next day,still x brak & kncing. JM dtg umah,refer die jmpa doc & of course memg jaundis tpi x stinggi abg die & jz fototerapi kat katil i je. Next dy dh ok & bole kuar...
    Ingtkn die ok,pas tue i kne refer him evrydy utk ambk drah kt Klink Ksihtn sbb jaundis die dtg blik..naik & turn dlm skala 12-15.9 for 6 days..Ya Allah,mcam2 i bgi kt die..air sengkuang,air sengkuang cine,mndi daun belimbing buluh...the result still x nrmal..doc kte kalo hri yg ke-14 bcaan HB die ats drpda 7,dikira prolong jaundis..the lst thung i cba adalh buat air solat hajat utk die mndi & i minum & i pegi bli ubt yg memg khas utk jaundis
    kt kedai homeopati..Alhamdullilah,frm 14.3 turn 8.8...memg ade yg advice bg susu kmbing tpi i fikr nk collect susu segar kte xtau hygene ke tak, pastu nk bg kat bby yg imun badn die xkut lgi...jgan le bgi...the best thing,jgan bhenti bgi susu ibu sbb itu yg trbaik sbenrnya..yg lain2 tu ikhtiar,doa pd Allah & sgala penyakit
    ade ubatnya...kcuali mati..Wallahualam...

    ReplyDelete