Muhd Abd Rahman & Habibah Mohamed

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 11, 2010

Tahniah!!!

Hari ni result SPM 2009 keluar... mak ayah berduyun-duyun la amik cuti semata-mata nak bersama anak tika mengambil keputusan... tak terkecuali mak aku... memandu dari Batu Gajah ke Taiping dengan kereta Merc lama, tinggalan arwah ayah... dari pagi lagi aku dah telefon mak bertanyakan di mana mereka (mak dan adik, Anuar) sekarang... 
Pukul 12pm, aku dapat tau keputusan adik aku... Dia dapat 5A+, 3A, 1A- (dia amik 9 subjek je)... Alhamdulillah, keputusannya bagus. Bila tanya secara detail, keputusannya:
  • Bahasa Melayu: A+
  • Bahasa Inggeris: A-
  • Pendidikan Islam: A+
  • Sejarah: A+
  • Mathematics: A+
  • Additional Mathematics: A+
    Physics: A
  • Chemistry: A
  • Biology: A
Berkat doa mak, kami adik-beradik dan cikgu-cikgu, adikku yang belajarnya tak seberapa ini peroleh keputusan yang cemerlang... Terima kasih kepada warga MRSM Taiping (terutamanya cikgu-cikgu) kerana melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.. (aku ni x-MRSM Beseri)

Tak lupa tahniah ditujukan kepada bekas pelajar-pelajar ku yang mengambil keputusan hari ini.. aku hanya ajar diorang Add Maths masa Form 4 je, tapi alhamdulillah, mereka tak lupakan aku... Tahniah kepada Rizwan (13A), Amalina (10A), Fatin 'Atikah (9A), Khairuddin, Amirah,.. to name a few... Congratulations to all of you. Yang kurang berjaya, mungkin rezeki anda di tempat lain.. aku percaya...

so, see ya next time...

salam sayang.. 
XOXO..

2 comments:

  1. Tahniah kat adik Bib hehehe..sebaya dengan adik kita ye

    ReplyDelete
  2. tahniah kat adik akak jugak.. kita ni tumpang bangga je la...

    ReplyDelete