Muhd Abd Rahman & Habibah Mohamed

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 29, 2010

SGM 2 - Managing Myths in Breastfeeding

Salam buat teman-teman...

Hari ni kita bercerita tentang Support Group Meeting 2 yang telah berlangsung semalam yang dianjurkan oleh SusuIbu.com

Topic: SGM 2 - Managing Myths in Breastfeeding
Date : 28th March 2010
Venue: Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi
Theme Colour: Purple
Food/Drinks: Potluck

Kali ni aku dapat menghadirkan diri, tapi sorang je la.. cik abang tak nak ikut, dengan alasan anak2 tak bangun lagi.. ye la tu, abang oi...

Aku bawa pau kacang dan kaya... masa kami sampai padahal lambat sebab tak tau kat mana depa lepak depa dah buat kumpulan masing2.. ada 3 group semuanya... Group Pn Kamariah aka mama, hayatie dan kak zatul aka zatul77. aku dalam group kak zatul. dalam group ku ada zana, ayukhairy, eira, nurul, hanis, fid aka lovebaby, nurulhuda aka MaMaFariz, nuha aka ibunadyne, najwa dan ada beberapa orang lagi yang tak ingat... sowik ye... 

so, moh kita bercerita apa mitos-mitos yang sering kita dengar daripada orang tua-tua kita.. kadang2 pelik tapi itu yang terjadi dalam masyarakat kita sekarang...

1. susu awal tu ko buang, susu basi
sebenarnya ianya adalah KOLOSTRUM yang mengandungi berjuta-juta sel hidup dan antibodi yang membantu bayi kita survive... skang ni orang pulak buat bisnes susu awal lembu... tak ke kesian kat anak lembu n mak lembu? 
2. Breast kecik, ada ke susu?
selagi bergelar wanita dan ada breast, tak kira kecik ke besar, ada la susu... dalam breast ada sejenis protin namanya FIL yang mengawal hormon2 susu
3. menyusu lebih 2 tahun, anak hisap darah
takde la kawan2 kita perah susu yang lebih 2 thn ni kuar darah
4. makruh hukumnya jika bagi anak menyusu lebih 2 tahun
dalam Quran pun tak kata hukum makruh jika lebih 2 tahun, sila cek balik surah al-baqarah ayat 233, sila cek Utusan Malaysia - BIcara Agama
5. tak boleh susukan anak kalau pregnant, nanti si kakak/abang amik hak adik or anak jadi cacat
tak jadi masalah menyusukan anak jika pada yang masa anda mengandung tetapi jika sebelum ni anda pernah mengalami keguguran, sila dapatkan nasihat doctor (yang pro BF la ye), kalau yang kes cacat ni, kuasa Allah.. maybe Allah nak uji family tu...
6. anak BF ni obes (kalau yang bambam la), kena diet
tak de obesnya... kalau masa deliver dah besar, besar la dia... berat badan bayi kenalah ikut graf WHO utk breastfed Baby
7. selalu perah, nanti susu kering
breast kita ni bukannya macam tangki air/tempayan, selalu amik air, kering jadinya.... breast kita ni macam flushing system utk toilet.. kalau kita buang sikit, sikitla yang diisi kembali.. kalau kita buang banyak, banyakla yang diiisi kembali... inilah gunanya protin FIL (cek www.kellymom.com)
8. ibu yang BF ni gemuk
jangan la tengok kpd contoh mama2 yang montel2 ni.. maybe sejak azali mmg chubby dan montel macam diriku ini.. contoh terdekat dengan saya mcm Ammi Sara, badan mcm anak dara you, tapi BF anak memang boleh menguruskan badan dengan syarat makan diet yang seimbang dan selalu bersenam... ingat tau...
9. dah keturunan tak banyak susu, nak buat mcm mana
oh, ini salah sebab bukan salah asbab keturunan tapi kita yang mencari alasan utk tidak memperbanyakkan susu
10. bila ko dah keje susah nak susukan anak, baik guna susu tin
sekarang dah maju, banyak gadget BF yang ada di pasaran. kalau rasa mahal, guna kaedah memerah dengan tangan or teknik Marmet..
*11. Kanan nasi, kiri air
kedua-dua payudara mengandungi kandungan susu yang sama... biarkan baby anda menyusu selama mana dia nak di sebelah payudara sebab nak kosongkan payudara tersebut, ingat konsep toilet flushing system terdapat 2 jenis susu dalam payudara, iaitu foremilk, susu yang nampak agak cair dan keputih-putihan mengandungi lebih banyak air manakala yang kedua adalah hindmilk yang nampak agak pekat dan warna putih kekuningan yang mengandungi lemak tinggi. yang sebelah lagi tu, kalau baby tak nak minum dah kenyang cuba kosongkan payudara dengan memerah susu tak kisahla teknik apa pun

rasanya ada lagi, tapi tak ingatla... ni ada a few gambar2 yang ku cilok dari blog kawan2 sgm... maaf ye...

Yang tak tahan, kaum bapa ada permintaan... diorang pun nak berSGM sama... mebi nak share experience diorang betapa jimatnya duit poket mereka sejak isteri-isteri mereka BF anak... mana nak tau kan...

lepas tu, ada sesi bersama wakil MalaysianBabyWearers.. it's about safety when wearing ur baby... jika anda ternampak mana sling rider yang begini, jangan beli sebab bila kita gendong bayi dlm tu, dagu baby akan bersentuh dengan dada baby dan menyebabkan baby kita akan choked... 
sling ni tak guna ring, guna buckle tapi it's not recommended... dangerous ma... nampak macam mak ayah hepi je, padahal anak menderita kat dalam tu...

 this is suppose how u wear your baby.. make sure she/he can breathe well.. always check your baby..
Baby should be close enough to kiss.
Baby should never have his chin resting on his chest.
Baby's head should be above the rest of her body.
Baby's knees should be higher than his butt.
Baby's face shouldn't be covered by fabric.
Baby's head should be supported.
 (copied from hayatie's blog)

so, next SGM3 will be on 25th April with topic: Normal Development of Breastfed Babies.. tapi SGM3 n SGM 4 ni aku tak dapat pi sebab masa ni maybe dah 'meletup' dan dalam tempoh berpantang sesi untuk mengembalikan bentuk badan asal...
so, maybe pi  SGM 5 on 27th June... 

so, kawan2, yang tak jadi member susuibu.com pun dialu2kan pergi... sebab susu yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita sebagai ibu tak ternilai... dah la kita ni boleh pregnant, boleh melahirkan.. kenapa plak kita tak boleh menyusukan anak sendiri... kesian kepada mana2 wanita yang tak boleh melahirkan anak... tapi mereka berusaha utk menjadi ibu susuan kpd anak angkat mereka... let us do INITIATE BREASTFEEDING IN FIRST HOUR OF LABOUR...

salam sayang.. 

XOXO..

3 comments:

  1. semalam aku ada post komen aku, apsal tak nampak pun?adekah aku sorang je yg tak nampak???pelik betul-nariza-

    ReplyDelete
  2. aku dah nampak skang... thanks for reading my n3

    ReplyDelete
  3. ni yg aku post semlm..lebih kurang la...
    aku mmg sokong sangat psl ape yg ko taip kat atas tu bib...sebenarnya, utk apa jua yg kita lakukan, kita kena ada ilmu.. nak bf anak pun kita kena tmbh ilmu kita.. cuba, usaha, ikhtiar, tawakal...kalau dah habis punca baru la susu tepung...

    kita takut dan percaya pd benda2 yg kita tak tau.. tak try lagi pun... pastu dgr nasihat dr org yg tak bf anak mereka pun.. syg sgt kalau kita boleh melahirkan tapi tak menyusukan...

    aku sampai skrg org akan tanya, 'byk ye susu ija?'..aku senyum je dan jwb 'insyaAllah,cukup utk anak besar'....

    size doesn't matter kan bib?...what does matter is our effort... rajin kasi, bykla susu jadinya...kalau malas, mmg kering la sudahnya..

    aku mmg agak emosi when it comes to this.. bukan ape, cuba kita renungkan... mmg ramai ibu bapa yg gaji beribu2 mampu belikan anak2 baju/mainan mahal2...tapi berapa ramai yg mampu susukan anak mereka dgn susu ibu??? aku mmg sedih kalau tgk baby yg kecik2 tu minum susu pakai botol... if kita sanggup melahirkan, kita juga patutnya sanggup utk menyusukan anak kita dgn susu kita.... anugerah Allah kan tu...

    so, to those yg bf their babies, u shud be proud wif yourself... -nariza-

    ReplyDelete