Muhd Abd Rahman & Habibah Mohamed

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 30, 2010

Lembu oh Lembu!!!


Salam buat teman-teman..
Hari ni nak khabarkan tentang kisah LEMBU. Kenapa topik LEMBU ni yang jadi pilihan hati? sebab orang suka lembu.. eh ye ke? Mari kita tengok...

Lembu adalah binatang ternakan yang banyak gunanya... banyak ke?antaranya daging, kulit dan SUSU...

Semua orang suka minum susu kecuali mereka yang ada lactose intolerance... minum susu je, trus yak... Mari kita tinjau kat mana kita boleh jumpa lembu-lembu ni? di padang ragut? oh bukan.. di sini
|
|
|
V
 Di kandang lembu yang mana kebersihannya entah terjamin atau pun tidak...

 Inilah caranya mereka tokey lembu ni memerah susu... Bersih ke tak kita pun tak tau....

Disebabkan demand susu lembu atau susu formula yang tinggi, maka apabila anak lembu dilahirkan, maka mak lembu dipisahkan dari anaknya hanya kerana pada waktu ini lembu menghasilkan susu yang optimum, yang penting susu awal lembu or kolostrum lembu... akhirnya ini yang terjadi pada anak lembu...
|
|
|
V
 Akhirnya, anak lembu mati kerana dipisahkan dengan maknya oleh manusia yang rakus dengan keuntungan. Kat gambar atas, sila amati betul-betul muka lembu tu... dia menangis kerana anaknya mati.... sedihnya... :(

Adakah kita sebagai manusia yang berakal nak jadi macam tu jugak? dahlah penat2 mengandung selama 9 bulan 10 hari, bertarung nyawa untuk melahirkan anak yang kita kandung, lepas tu kita dipisahkan dengan anak yang baru lahir yang dah biasa dengan bau dan suara kita sejak dari dalam kandungan?

so, to new mothers, please say to your doctor and nurse to rooming-in with your baby... dan jangan lupa bagi susu awal kepada baby dan susukan la baby anda paling kurang 2 tahun... 

salam sayang.. 

XOXO..

5 comments:

  1. Syabas BiB dengan entry ini...SUKA!! saya bagi 10 bintang heheh

    ReplyDelete
  2. hehehehe, thanks along... along suka, nanti hasil pun bertambah meriah... saya pun tumpang suka...

    ReplyDelete
  3. sedihnyertgk mama lembu tu..;(
    mmg manusia rakus..
    sama2 kita support bf, kesian kat lembu2 tu..

    ReplyDelete
  4. tu la, kak sara... dah la org skang ni dok promote susu awal lembu... tu kan hak anak lembu... naper nak amik hak bende hidup lain...

    ReplyDelete