Muhd Abd Rahman & Habibah Mohamed

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 9, 2010

Anda Mungkin Anemia jika....

Entry kali ni kita cerita pasal anemia... selagi tak deliver, kita citer pasal pregnancy je.. heheehe...

ingat tak entry yang sebelum ni, ada citer pasal Hb turun... sedihnya tapi itulah hakikatnye... masa belajar kat UKM pun derma darah sekali sekala.. kalau lepas bab cek darah tu, kiranya bertuah sangat la... aku pun makan tak tentu.. (yang tak berkhasiat laju je, yang berkhasiat abaikan)... kalau tgk badan mmg agak berisi tapi semua orang tak percaya kalau aku cakap aku ni kurang selera makan, terutama sekali time pregnant ni... patutnya makan berselera la kan tapi aku ni sebaliknya... dari time pregnant 3 bulan (minggu ke13) sampai ke minggu 31, berat yang naik hanyalah 8kg... this friday nak pi cek lagi... dulu, cek kat klinik kesihatan kerajaan, berat ku turun 200g... yang maklumat (naik 8kg tadi tu) aku cek hospital swasta... ish pening la minah ni..

OK, puan-puan.. kita sambung cerita pasal anemia... kenapa ku bangkitkan bangunkan topik ini? Sebab anemia ni bahaya bagi ibu-ibu yang mengandung macam aku..

Persoalannya, adakah anda sering... Pucat??? Letih Lesu??? Berdebar-debar??? Pitam??? bagi aku, aku tergolong dalam 2 kes yang pertama tu..

Apakah Anemia?
Anemia adalah satu keadaan kekurangan dari segi saiz atau bilangan eritrosit/hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah. Faktor-faktor pemakanan yang sangat penting dalam kejadian anemia ialah kekurangan ferum, vitamin B12 dan asid folik... 

Klasifikasi Anemia
  • Anemia teruk: Hb < 9gm%
  • Anemia sederhana: Hb 9-<11gm%
  • Hb Normal: Hb>11gm%

Punca-punca Anemia
  • Kekurangan pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B12 dalam diet
  • Peningkatan keperluan (ibu hamil @ menyusu)
  • Pendarahan semasa mengandung dan buasir
  • Kerap mengandung (jarak kehamilan kurang 2 tahun)
  • Kerap mengambil makanan penghalang penyerapan zat besi seperti teh dan kopi bersama hidangan
Tanda-tanda Anemia
  1. Pucat
  2. Pitam
  3. Letih, lesu dan mengantuk
  4. Berdebar-debar
  5. Spoon-shaped nail
  6. Rambut mudah putus
  7. Kerap mengalami sakit kepala dan pening
Kesan-kesan Anemia
Kesan kepada IBU:
  1. Pitam
  2. Keguguran
  3. Meningkatkan risiko pre-eklampsia/eklampsia
  4. Mudah mendapat penyakit berjangkit
  5. Boleh berlaku pendarahan semasa dan selepas bersalin
  6. Kelesuan
  7. Diarea
  8. Sembelit

Kesan kpd BAYI/JANIN
  1. Terbantut pertumbuhan bayi/janin (IUGR)
  2. Kurang berat lahir (<2.5kg)
  3. Lahir tak cukup bulan
  4. Anak lemas semasa lahir
  5. Meningkatkan risiko lahir mati
Tips Pemakanan Ibu Hamil Anemia
Bagi Kekurangan Zat Besi (Ferum/Iron):
Sumber Makanan:
  1. Kerang
  2. Ikan Bilis
  3. Ayam
  4. Daging merah
  5. Telur
  6. Kumpulan makanan sayuran dan bijirin
  7. Tau-hu goreng
  8. Kacang Kuda
  9. Peria
  10. Kangkung
  11. Bayam
  12. Pucuk paku

Cara meningkatkan penyerapan zat besi:
  1. Ambil makanan punca haiwan dan makanan laut > 3 X seminggu karnivor la kejap
  2. Ambil buah-buahan yang kaya Vitamin C sebagai pembasuh mulut
  3. Perah air limau ke atas makanan
  4. Kerap sediakan sayuran hijau dengan perencah seperti ikan bilis kering ada yang basah ke, udang segar/kering, sotong, bebola ikan, kek ikan, daging, ayam atau telur

Cara mengurangkan penghalang penyerapan zat besi:
  1. Elakkan minum teh dan kopi bersama hidangan makanan...
  2. Sekiranya ibu meminum teh atau kopi, galakkan ibu meminum teh atau kopi susu teh ais boleh la ye
  3. Mengambil pil Hematinic (zat besi, asid folik, B kompleks dan vitamin C) yang dibekalkan oleh Klinik kesihatan atau Hospital bersama air kosong atau air buah kat farmasi pun ada, namanya IBERET FOLIC
Bagi Kekurangan Asid Folik (Folate):
Sumber Makanan:
  1. Bayam
  2. Bendi
  3. Asparagus
  4. Lentil (kekacang, kalau tak silap la)
  5. Bijirin yang diperkaya
  6. Kacang buah pinggang
  7. Biji bunga matahari
  8. Bijirin penuh (Oat)
  9. Cornflakes

Bagi Kekurangan Sumber Vitamin B12:
Sumber Makanan:
  1. Lala
  2. Tiram
  3. Tuna
  4. Kupang
So, kawan2, marilah kita bersama-sama makan makanan seimbang dengan panduan piramid makanan... Esok2, kita citer pasal piramid makanan plak ye...

salam sayang.. 
XOXO..

2 comments:

  1. Bib, dalam Islam pun ada menyatakan elakkan makan organ dalaman tapi saya lupa..tak salah untuk elakkan lupa. Pernah dengar tak kalau untuk orang yang hafal al quran atau tahfiz ni memang mereka tak makan. Ini semua adalah propaganda dari Barat. Aisyah, 1thn selalu low HB dan saya dpt info ini pon dari rakan SI melalui thread low HB gak. Kalau boleh Barat ni nak tengok Islam jatuh so suruh le kita makan organ dalaman kononnya nak tambah darah. Yang terbaik ialah makan buah delima atau buat jus.

    ReplyDelete
  2. kak azrina, saya dah edit... thanks for the reminder..

    ReplyDelete